rekabentuk masjid ni simple je .kiub menjadi bentuk asas yang agak menyerupai kaabah .dan dapat dilihat dgn jelas kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran dan nama-nama Allah kat dinding luar masjid ni .menarik kan ?
pintu masuk utama masjid .rilek je .takde pintu ,takde pagar ,just gerbang mcm tu je .sempoi kan? dan lagi sekali boleh dilihat dgn jelas, takde kubah pun! ini menunjukkan kubah sebenarnya bkn elemen utama yg mesti ada pada setiap masjid .tanpa kubah masjid ni masih lagi boleh berdiri .memang sempoi gilewww kan???
dewan solat utama .boleh memuatkan lebih kurang 1000 jemaah pada satu-satu masa .direka supaya boleh digaul (betul ke ayat aku ni?) dengan alam semulajadi melalui senibina yang sederhana .batu-bata yg digunakan utk membuat dinding ditumpuk begitu sahaja adalah salah satu cara utk menghasilkan pengudaraan semulajadi tanpa perlu menggunakan pendingin udara ataupun akon .aku respek gileww kat arkitek yg reka masjid ni .sgt genius.
hangpa semua buleh tengok ruangan mimbar utk imam dan mihrab utk baca khutbah .mmg sempoi abehh naa.
dgn menggunakan elemen air yg mengelilingi masjid, boleh mengurangkan suhu pada musim panas dan menghidupkan keadaan yang nyaman dan tenteram ..owwh yeahhh ...tak rasa apa-apa ke ?? ciss tgk gambar je pun aku dah rasa tenang kot...
skrg puas hati ? percaya dah ? sekali lagi ingin aku tegaskan yg aku teramat kagum dgn senibina masjid ni .setinggi salut kpd empunya idea yg mencipta masjid yg begitu indah sebegini rupa .sebenarnya aku bkn nk terlampau mengagumi masjid-masjid luar ,dlm Malaysia pun berlambak masjid-masjid yg hebat ,besar-besar .cuma yg aku nak masjid-masjid kat Malaysia dpt mencontohi masjid seperti ini .masjid al-Irsyad ni takda la besaq mana pun ,1000 org ja pun boleh muat dlm satu-satu masa, tp hangpa boleh tgk kan gempaknya depa ni buat masjid mcm ni .tak perlu bina masjid besaq2 tp yg bersolat safnya 2 ja .yg penting suasana masjid tu supaya kita lebih khusyuk lagi dlm beribadah ..sekian
unik masjid nih !
ReplyDeleteoh biasa
ReplyDeletenanti kita p sama2 naa.....hamim :-)
ReplyDelete