Sedar atau tidak, suka atau tidak, bersedia ataupun tidak, bahawa setelah tamat tempoh hidup kita di dunia ini, kita pasti akan berpindah ke alam berikutnya yang dinamakan alam kubur.
Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.
Alam kubur itulah batu sempadan antara alam dunia dan alam akhirat.
Alam kubur bukan penamat segala cerita sebaliknya ia baru langkah mula menuju perjalanan akhirat yang maha panjang. Kubur adalah muqaddimah kepada alam akhirat.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)
Baik keadaan kita di dalam kubur, baiklah sepanjang perjalanan kita menuju akhirat.
Sebaliknya, kalau di dalam kubur sudah mula menderita diazab, bermakna perjalanan seterusnya selepas itu semuanya penderitaan dan kesakitan yang tidak ada noktahnya.
Bagi orang yang beriman, kubur merupakan taman syurga yang disegerakan.
Sementara bagi para ‘pendosa’, kuburan berupa lubuk api neraka yang menyala-nyala.
Kerana itu Nabi SAW suruh kita mengingati kematian, menziarahi kubur serta mengambil pengajaran daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim)
Setelah jasad disemadikan di liang lahad, entah berapa lama pula manusia akan ‘berkampung’ di sana.
Selagi dunia belum dikiamatkan, selama itulah manusia harus menanti, menanti dan menanti.
Cumanya, apakah penantian itu penantian yang bahagia ataupun penantian yang sengsara?
Penantian suka atau duka?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).”(Riwayat Imam At Tirmizi).
MANUSIA PALING LAMA DI ALAM KUBUR?
Apakah Habil, putera Nabi Adam a.s. merupakan orang yang paling lama menghuni alam Barzakh?
Namun, tidak mengapa kerana Habil telah menemui kematiannya sebagai insan yang soleh, taat lagi berbakti.
Biar pun mengambil tempoh yang paling lama di alam kubur, Habil sentiasa diulit nikmat, kesenangan dan kebahgiaan kerana kuburannya adalah taman syurga! Nikmat ALlah SWT pasti sentiasa bersamanya di alam Barzakh sana sejak tubuhnya disemadikan oleh saudaranya Qabil yang juga merupakan pembunuhnya.
Namun, bagaimana pula keadaan mereka-mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas kematian Habil itu yang mana kematian mereka di dalam dosa dan kekufuran? Bagaimanakah rupa kuburan mereka? Allahh…Allahh..!! Lubang kubur para pendosa, fajir dan kafir adalah kawah-kawah neraka yang sungguh menyiksakan.
Bayangkan keadaan sikafir yang mati pada 3000 tahun yang lalu.
Bermakna sudah 3000 tahun juga ia telah disiksa di dalam kubur!
“Ya Allahhh!! segerakanlah kiamat! kalau kami ditakdirkan keneraka pun, campaklah kami ke sana kerana kami sudah tidak tahan lagi menanggung derita di alam kubur ini,” jerit mereka setiap hari.
Selagi dunia belum kiamat, maka selama itu tubuh mereka bergelumang di dalam azab yang tidak terperi sakitnya. Esak tangis, jeritan dan lolongan kesakitan mereka tentunya amat keras sekali namun Allah tidak izinkan kita mendengarnya. Seandainya Allah perdengarkan jeritan dan tangisan mereka, sekiranya Allah paparkan azab yang menimpakan mereka kepada kita…, nescaya sekelian manusia yang hidup akan mati ketakutan. Wal ‘iyazubillah.
Bakr Al ‘Abid berkata: “Wahai ibu, andai sahaja engkau tidak melahirkan ku ke dunia. Kerana anakmu ini akan ditahan dalam waktu yang lama di alam kubur dan setelah itu pergi menempuh perjalanan yang masih panjang (jauh).”
No comments:
Post a Comment