Pages

Monday, May 13, 2013

~Tamat disini,marilah bersatu! ~

Ketika pemerintahan Hajjaj bin Yusuf yang jauh lebih zalim dari UMNO sampai bunuh ramai sahabat Rasulullah,
Para sahabat berpecah kepada 3 golongan:



1) Menentang Hajjaj (berdasarkan hadis lawan pemerintah zalim yang ulama PAS guna)

2) Bersama Hajjaj dan cuma taat yang baik je,yang salah mereka tak taat (berdasarkan hadis nabi arahkan supaya muslim jangan berpecah belah dan taat pemerintah walaupun pemerintah zalim seperti yang ulama UMNO guna)

3) Golongan berkecuali (berdasarkan hadis nabi suruh lari
tinggalkan pertelagahan dunia dan politik bila bertemu dengan zaman
fitnah dan zaman pecah belah seperti yang digunakan oleh golongan TABLIGH,TAREQAT dan gerakan keluarga HABIB)

Ketiga-tiga golongan masuk syurga, golongan sahabat yang pertama tidak pernah memanggil golongan kedua sebagai MACAI dan tidak pula menggelarkan golongan sahabat ketiga sebagai BODOH, MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM, KAFIR (kerana tak terlibat politik) dan lain-lain gelaran, sebaliknya mereka saling mencintai dan berlapang dada kerana masing-masing mempunyai DALIL dari LIDAH RASULULLAH...

Dan ketika zaman khalifah Ali dan Muawiyyah, asbab perbezaan ideologi politik juga para sahabat berpecah belah, bukan kerana para sahabat gila kuasa macam pemimpin parti zaman sekarang,tapi kerana KEBODOHAN pengikut yang tak amalkan politik sihat, suka mencaci maki dan memfitnah sehingga mencetuskan perang
antara sahabat iaitu perang Siffin (antara tentera Ali dan Muawiyyah) dan perang jamal (antara tentera Aisyah dan Ali), sedangkan pada hakikatnya, para sahabat nabi saling mencintai walaupun mereka terpisah dengan "parti" yang berlainan (dan itu juga yang berlaku sekarang, sesama pemimpin pembangkang dan kerajaan tak de gaduh hebat sangat, siap boleh salam, senyum, peluk lagi bila bertemu, pengikut je yang lebih-lebih)

Masalah jadi rumit kerana KETAKSUBAN DAN KEBODOHAN PENGIKUT yang mencetuskan lebih banyak pecah belah sehingga saling berbunuhan..

Kesannya, sampai sekarang umat Islam berpecah kepada Sunni dan Syiah kerana perbalahan politik ketika zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Syiah yang asalnya cuma "parti politik" yang menyokong Ali akhirnya menjadi AGAMA BARU. Jadi tak mustahil parti-parti politik zaman sekarang yang terlampau taksub dengan parti dan pemimpin parti sampai tak boleh disentuh sikit pun akan jadi AGAMA BARU seperti Syiah yang menganggap pemimpin-pemimpin mereka maksum dan haram disentuh. Bau bau kentut fitnah Syiah boleh didapati dalam part-parti politik zaman ni. Sentuh sikit je pemimpin diorang, mengamuk semua, sedangkan benda tu jelas salah dan ia cuma teguran ikhlas yang membina semata-mata bukan menegur sebagai musuh...

Dan Allah sememangnya sengaja takdirkan fitnah politik antara sahabat berlaku kerana Allah mahu AJAR umat islam bagaimana MENGHADAPI FITNAH POLITIK. Sebab tu Allah jadikan fitnah itu berlaku di kalangan Sahabat Nabi kerana mereka CONTOH UMAT TERBAIK...

Yang paling menarik, apabila kerajaan KAFIR Rom mendapat berita tentang pergaduhan Muawiyyah dan Ali,terus Raja Rom hantar surat kepada Muawiyyah untuk BERGABUNG dan menentang kerajaan Ali..

Muawiyyah SANGAT MARAH dan membalas:

"Sekiranya kalian(orang kafir) masuk campur urusan kami (perbezaan politik Muslimin), aku berjanji akan bergabung dengan Ali dan HANCURKAN KALIAN! "

Inilah CONTOH dari para Sahabat Nabi ajaran ISLAM yang mulia, dan lihat diri kita yang mengaku ISLAM pula, ada ke kita amalkan amalan para Sahabat ni?

Bila kita yang kononnya ada akal ni nak ambil iktibar?

~cukup cukup sudah~

4 comments:

  1. setelah byk artikel2 bijak penuturan jelas yg menyemarakkan semangat jiwa Islam dan Melayu, ko spoil everything dgn artikel kat atas tu...
    i thought u were different, but u were no different from most mat melayu msia yg ada satu penyakit ni:
    demi menyedapkan hati.. suka mengkritik sesama saudara islam Singapura... kalo tabiat suka mengkritik tu.. sesia saja tulis panjang lebar tentang daulat islam.. nusantara raya.. yg aku sendiri idamkan..
    aku anggap saudara dgn org msia.. tapi org msia anggap kita jelek..
    iktibar apa yg ko dpt dari kajian tentang jaffar onn la tengku a ulrahman lah.. misi freemason .. perpisahan negeri jiran dgn msia.. dan segala penipuan when at e end of e day.. ko kutuk kitorang??
    da bsnyak blog aku baca... mula nya kagum.. tapi alhir ya dissapointed bila start kutuk2 org spore..

    semak2 la balik apa ko bobal pasal bola... nk blog blog lah dgn ikhlas.. bloglah dgn iman di dada... tindakan ko bukan la ciri pejuangan islam dan aku sgt kesal
    jgn bangga2kan sgt perilaku pasukan bolasepak korang.. at least kitorang tak lempar batu kat bas peminat dari msia yg dtg sini...
    syg org islam kelakuan camni..

    ReplyDelete
  2. dulu kalo bus peminat sini pegi sana... dilempar batu dgn org sana... ntah ko da beranak le belum jadi tkbleh salahkan kalo tk tau.., gi la kaji
    aku sendiri pernah naik bus tu gi tgk spura lwn pahang msia cup final.. nk dekat2sampai stafium suma ketakutan kot kena serang dgn ORANG ISLAM sendiri!
    puik!!!

    ReplyDelete
  3. salam Tuan MatSapurba, sejujurnya saya tak faham apa yang tuan komen kat atas =.=' adakah tuan mengkritik saya atau macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya saya hampa dgn posting tentang bolasepak... sebabnya saya taruk disini kerana ini latest posting.. blog tentang bolasepak tu tahun 2011... setelah baca blog itu saya bingung dgn matlamat awak...
      Bagaimana bangsa kita nak bersatu kalau org Msia sering kritik org Melayu Spura...

      Delete