Pages

Monday, August 13, 2012

Cerita Cinta Aku

Ini ialah cerita cinta aku..

Semua sajak-sajak yang pernah ditulis,
Setiap bait setiap baris, 
Semua lagu-lagu cinta dalam dunia ini, 
Setiap irama, setiap melodi,
Kalau la semua itu digabungkan,
Semua itu takkan boleh tolong aku ekspresikan apa yang aku mahu tentang cinta aku ke dia,
Setiap suara, setiap bunyi, setiap bahasa,
Setiap titik dakwat yang manusia pernah guna untuk menukil setiap perkataan,
Semua itu takkan dapat disampaikan kepada manusia apa yang aku rasa ke dia,
Dan aku pun susah nak terangkan kenapa susah sangat nak jelaskan cinta aku ke dia.


Tiada satu pun manusia yang pernah jalan diatas bumi ni,
Yang setanding dengan dia, 
Dari segi apa sekalipun,
Baik dari penampilan, akhlak, ke-handsome-an ^^,
Aku cemburu dengan setiap batu, setiap pokok, setiap pasir, setiap tanah, 
Yang pernah rasa kaki dia yang mulia, 
Takpun cium tangan tangan dia yang diberkati,

Serious, aku memang rindu, serindu-rindunya kat dia, Muhammad bin Abdullah..
Dia tahu tak yang aku cintakan dia...? :'(

Selawat la yang aku mampu jadikan hadiah untuk dia,
Tu pun tak berapa sangat dalam sehari,
Jadi, ni la cerita cinta aku,
Tak grand mana pun, dan tak ada paparazzi yang nak ambil tahu ^^





1 comment: