Monday, March 19, 2012
Friday, March 16, 2012
Apakah Kita Mempunyai Alasan Untuk Meninggalkannya?
Ya Allah Ya Rabbi ... di ruang-Mu aku di sini .. ku sujud pada kudrat-Mu untuk mengEsakan-Mu. Terimalah solatku dan ibadahku tanda kasih dan cintaku pada-Mu, Wahai Yang Maha Memiliki Zat Yang Mutlak.
Wednesday, January 25, 2012
Babi Dan Zina Dan Riba
Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yang di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses "brainwash") menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.
Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan macam-macam lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.
Tetapi, di dalam Islam aku belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.
Terpegang babi lagi elok dari terpegang yang bukan muhrim kerana terpegang babi hanya perlu samak tapi kalau terpegang yang bukan muhrim?
Monday, January 23, 2012
Bukti Allah Itu Ada
Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi Muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.
Wednesday, January 18, 2012
Kedudukan Wanita Sebelum Islam Dan Wanita Kini
Wanita kini yang begitu sibuk dengan urusan dunia
Wanita sebelum Rasulullah S.A.W, tidak berdarjat dan tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka akan membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam kepada lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.
Friday, January 13, 2012
MEMBONGKAR PENAMPILAN DAJJAL SEBAGAI MERLIN
Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang aku maksudkan.
Sunday, January 8, 2012
WATAK TOKOH ISLAM DALAM PIRATES OF THE CARIBBEAN
Dalam artikel Jack Sparrow Captain Melayu yang lalu, aku pernah menyentuh berkenaan inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) yang mempunyai kaitan dengan seorang general (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah kamu sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha
Friday, December 30, 2011
Nasihat Sekadar Nasihat
Assalamualaikum.
Semalam Khamis dah settle satu final paper iaitu Principal of Urban and Regional Planning 1, yang mana subjek ini memerlukan sedikit ketahanan dalaman sebenarnya. Subjek yang berlandaskan teori semata-mata ini menarik dan ada sedikit perihal berkenaan sejarah perancangan bandar dalam chapter 2 and 3. Bagi sesiapa yang yang berminat nak belajar subjek ni, sentiasa dialu-alukan, tiada masalah, dan aku hanya minta kamu muntah hijau jelah, paling cikai sangat. Apapun Alhamdulillah aku berjaya menggoreng beberapa soalan yang sememangnya perlu untuk aku menggoreng kerana jika tidak, maka subjek inilah yang aku perlu repeat semester depan. Macam setan.
Saturday, December 24, 2011
Fasa Pertama
Alhamdulillah, projek terakhir ye iaitu projek 6 bertajuk Preparation of Layout Plan Planning Studio 1 sudah berakhir. Semalam telah dilakukan presentation bagi projek ini dimana 46 orang studio mate sudah membentangkan layout masing-masing di hadapan lecturers. Segala pujian, kutukan, bahanan, cadangan, feedback dan input dari Dr. Lukman dan Asst. Prof Dr Zailawati aku terima dengan hati yang terbuka. Dengan berakhirnya pembentangan bagi projek akhir ini maka dengan tidak rasminya semester 1 aku di UIA Gombak akan berakhir dalam jangka masa 2 minggu lagi. Segala taik kentut, haru biru dan sambal belacan di sem 1 aku berjaya harungi dengan jayanya, walaupun satu ketika aku berasa ingin berputus asa, namun jejaka berdarah kacukan Melayu Jawa ini tidak akan menyerah begitu sahaja.
Wednesday, September 14, 2011
NASA SANGKAL TEORI KONSPIRASI PENDARATAN DI BULAN
Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)





