Baiklah ye, pertama kalinya ye, aku ye, sangat bangga ingin menerbitkan entri kali ini kerana lihatlah, sudah 3 bulan aku tak terbitkan sebarang entri. Ini merupakan satu kejayaan yang amat mengharukan. Adapun hari ini sahaja aku berjaya menulis.
Dek kesibukan perihal studio dan universiti dan ehem-ehem, aku tak berkesempatan nak bercerita tentang apa yang berlaku disepanjang 3 bulan itu. Namun kesibukan bukanlah menjadi fucktor utama aku kerana hal-hal lain seperti keluarga juga perlu dititikberatkan.
Minggu hadapan, minggu dimana peperiksaan akhir pertama aku di universiti akan berlangsung. Peperiksaan akhir ini amat penting kerana akan menjadi penanda aras, sejauh mana kemampuan aku untuk bertahan di tahap ijazah sarjana muda ini. Dianggap sebagai newbies dalam bidang perancangan bandar, tidaklah mematahkan semangat aku sebaliknya berjaya membawa aku kepada kecemerlangan yang hakiki.
Oleh yang demikian, setakat ini sajalah yang aku mampu celotehkan tentang sedikit banyak, apa yang telah berlaku 2 3 hari ini. Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan dengan lebih terperinci projek-projek yang telah aku laksanakan disepanjang 4 bulan semester pertama di UIA.
Assalamua'alaikum!
PEACE AND LOVE =3
No comments:
Post a Comment