Semalam Khamis dah settle satu final paper iaitu Principal of Urban and Regional Planning 1, yang mana subjek ini memerlukan sedikit ketahanan dalaman sebenarnya. Subjek yang berlandaskan teori semata-mata ini menarik dan ada sedikit perihal berkenaan sejarah perancangan bandar dalam chapter 2 and 3. Bagi sesiapa yang yang berminat nak belajar subjek ni, sentiasa dialu-alukan, tiada masalah, dan aku hanya minta kamu muntah hijau jelah, paling cikai sangat. Apapun Alhamdulillah aku berjaya menggoreng beberapa soalan yang sememangnya perlu untuk aku menggoreng kerana jika tidak, maka subjek inilah yang aku perlu repeat semester depan. Macam setan.
see u PURP 2
Dan seperkara lagi, benda yang aku paling pressure tiap kali exam ialah melihat sahabat-sahabat keluar sejam lebih awal dari masa sebenar peperiksaan. Dan aku pun macam, WTF?? Timing sejam lagi kot. Soalan cam syial susah kot. Ada apa hal keluar awal? Tak fikir masa depan ke? Dah siap jawab? K fine. Mungkin mereka terlalu power atau bangang ataupun kedua-duanya , aku tak nak buat sebarang spekulasi. Tapi inilah realiti sebenar. Tersangatlah kejam kalau aku nak melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tapi itulah, rasa nak join mereka sekali keluar awal tapi memikirkan ada beberapa lagi soalan yang masih lompong, aku kental bertahan. Ada untungnya aku tunggu lama sikit. Boleh fikirkan jawaban. Mereka yang keluar awal time exam ni memang loser ayam. Boleh diagak mereka ni tak siap lagi. Eneng-eneng waie bocah iki......
Baiklah, sebenarnya aku tak nak bercerita pasal exam. Well, semua orang dalam dunia ni ada detik exam masing-masing. Tak mengapalah. Jadi kali ini aku nak bercerita pasal nasihat.
Subjek sekarang ialah nasihat. Sebenarnya aku tak bagus sangat dalam hal nasihat-nasihati. Perkara yang memang zahir aku nampak salah aku cubalah perbetulkan dan bagi sikit nasihat. Contohnya bila tengok member bawak nota time exam trial SPM dulu. Dah menjadi tabiat member aku sorang ni. Nota yang dia bawak bukan sehelai dua kertas, tapi sebanyak-banyaknya nota. Dia selit dalam testpad. Apa dia terlampau bangang sangat bawak banyak nota, hampir setiap chapter dia ada. Lu tak stadi ke John? Nickname dia John.
"Gua stadi ke apa ke lu peduli apa. Yang penting gua nak dapat A dalam ini subjek. Lu tak payah nak ceramah, tak payah nak bajet alim-alim babi dengan gua. Lu nak benda ni lu cakap, gua boleh pass. Seat kita depan belakang je kan. Kita bantai A sama-sama".
Itulah ayat lebih kurang yang dia ucapkan kat aku dengan riak muka yang penuh dengan kebencian, angkuh, sombong dan berlagak. Tak mengapa. Biarlah dia rasakan nikmat duniawi yang sementara tu. Lepas je exam aku approach dia. John, cuba ko imagine la John,
ko bahagia ke dengan cara yang ko buat ni? dengan result exam ni la nanti ko bawak pegi universiti, dengan result exam ni la ko akan bawak pegi kerja nanti. Dengan result exam ni la ko bagi anak bini ko makan. Sepanjang hidup ko dah tipu diri sendiri. Sepanjang hidup ko takde keberkatan.
Dia terasa. Dia dah mula buat muka taik. At least nasihat aku tadi meresap dalam diri dia. Lepas perbualan pendek tadi dia terus blah, tak pandang muka aku. Tak apa la. Yang penting dia faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Dengan sikit nasihat sebenarnya kita boleh merubah orang, tak kira sekecil mana, sebarua mana nasihat tu, asal hati kita ikhlas untuk nasihat orang, suspek boleh berubah.
Ada lagi satu kes dekat Facebook, dimana berlaku perdebatan antara aku dengan perempuan free hair pasal isu tudung. Sebenarnya isu tudung ni bukanlah isu basi, tapi dah lama diperkatakan sejak dulu lagi. Dari dulu dok sembang pasal natang ni. Cuma golongan perempuan berfikiran sekular dan dangkal seperti ini susah nak faham, tak masuk dek otak. Konsepnya sudah terang lagi bersuluh, iaitu bertudung dan tutup aurat. Aku chat dengan perempuan sorang ni, aku tegur dengan lembut, sudah-sudah la post gambar seksi kat Facebook, menambahkan dosa sendiri dan dosa orang lain terutama lelaki yang melihatnya. Apa jawaban beliau?
"Dey macha, kau ni tak payah nak sibuk sangat la pasal aku, kau tak pernah kenal aku pahal tetiba nak tegur aku macam tu. Kau ustad ke? Kau mak bapak aku ke? Hey mind your own business la. Kau tak payah nak tunjuk macho. Kau tak layak nak tegur aku. Nak sangat bagi ceramah, ceramah kat orang lain la. Kain sendiri pun tak terjaga, nak jaga kain orang. Heyy pigidaaaa".
Dia berkata lagi, "Kalau aku nak bertudung pun tunggu la aku dapat hidayah dulu. Ni antara aku dengan Tuhan, yang kau ni boleh pergi berambus". *chat offline.
Ayat tipikal yang majoriti perempuan akan cakap bila kena tegur. Bukan semua perempuan macam ni. Aku tau. Ada yang senang makan nasihat ada yang tidak. Yang ni jenis yang hardcore punya. Tak apa la.
Macam ni la aku nak cakap ya gadis-gadis sekalian. Memang kalau kita nak berubah kita tunggu hidayah dari Allah. Hidayah tu milik mutlak Allah. Dia akan beri kepada sesiapa yang Dia mahu. No argument. Tapi sampai bila kita nak tunggu hidayah bertudung turun kalau kita tak berusaha untuk mendapatkannya? Kalau Malaikat Maut datang nak ambil nyawa kita, tapi hidayah tak sampai lagi, macam mana? Allah tak kan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk berubah. Then baru Allah bagi pertolongan. Allah memang akan beri kita hidayah kalau kita ada usaha untuk berubah.

Mak bapak tak boleh disalahkan sebenarnya dalam hal ni. Mereka dah didik anak baik-baik, cuma anak tu sendiri yang kepala batu, tak mahu dengar kata. Dan pengaruh kawan-kawan jugak memainkan peranan. Dah member semua bukak tudung tak kan gua nak stay macam ni ye dak?
Beruntunglah orang yang selalu dapat nasihat. Kalau orang nasihat tu tandanya orang tu prihatin dengan kamu, sangat perhatian dengan kamu. Nasihat tak bermaksud jaga tepi kain. Tak sama sekali. Nanti kalau dah sampai satu masa orang dah tak peduli kamu nak buat apa, kamu pun boleh pergi mampus. Lantak ang la jebon. Selagi orang ada tenaga nak nasihat, dengar dan terimalah dengan baik.
hmmm benda ni sebenarnya kalau nak cakap memang akan menjadi karangan SPM. Ada pendahuluan, 2 isi penting dan penutup. Tapi isu ini memerlukan lebih dari 2 isi untuk diterangkan kepada perempuan-perempuan berkaitan, bukan kamu. Janganlah malukan nama baik mak bapak. Jadilah anak solehah yang selalu mendapat keberkatan Allah. Amin.
The concept of Dakwah/advice is apply on the "many to many" basis, not "many to one". Kewajiban berdakwah is not implement on Uztaz but all Muslim.
Kita hidup didalam umat nabi SAW diberi penghormatan sebagai sebaik-baik umat.Tapi mcm mana untuk menjadi sebaik-baik umat? Dengan menyuruh org berbuat baik,dan mencegah yg mungkar.
Manusia tidak lari dari kesilapan.. Orang yang menasihati juga pernah melampaui batas dan melakukan dosa.. sebab tu manusia kena saling ingat-mengingati satu sama lain.. bukan hanya menunggu dan mengharapkan orang berpangkat "Ustaz" saja yang menegur.. dan dengan berdakwah tidak menjadikan seseorang itu "USTAZ".. hanya sekadar memenuhi tuntutan Agama.
Jangan terjebak dengan bisikan syaitan " Kamu, mengajak orang untuk berbuat baik dan luhur sedangkan dirimu sendiri sering berbuat dosa ?!", ini adalah bisikan syaitan.
Justeru dengan perbuatan kita mengajak orang lain berbuat baik barangkali dengan itu Allah ta'ala mencabut keinginan kita untuk berbuat buruk, dan hal itu boleh terjadi ... Waallahualam bis sowab...

No comments:
Post a Comment