Sajian yang diolah dari soya ini, sudah menjadi makanan harian semua golongan dan tak lagi menjadi makanan 'kelas dua'. Kadar protein yang tinggi, mengandungi sedikit lemak, serta rasanya yang enak, tempe menjadi makanan favorite kebanyakan orang.
Protein dalam tempe juga dibuktikan paling baik, jika nak dibandingkan jenis kekacang yang lain. Kandungan proteinnya sama dengan produk berasaskan haiwan dari daging, susu, dan juga telur.
Dan khasiat tempe ini tak hanya sampai disitu. Pensyarah kimia Universitas Pendidikan Ganesh, Indonesia, Dr. Siti Maryam, meneliti manfaat tempe dengan lebih jauh.
Dalam penelitiannya, Dr. Siti menyimpulkan, bahawa kandungan nutrisi tempe ternyata dapat meningkatkan jumlah antioksidan darah. Juga menurunkan kadar 8-hidroksi-2-deoksiguansin urine dan menurunkan kerosakan jaringan kulit yang teradiasi sinar ultraungu. Apa yang diuraikan Dr. Siti ini terbukti pada haiwan percubaan, iaitu tikus wistar.
Kesimpulan penelitian ini, untuk menghindari kesan negatif paparan radiasi ultraungu dan ingin merawat kulit dari kerosakan radiasi ultraungu, cubalah mengambil tempe setiap hari. Kalian pun tak perlu keluar duit banyak nak bagi kulit cantik. Lain kali kalau mak kalian pergi pasar ke pergi hypermarket ke ,jangan lupa kirim tempe. Lepas tu boleh la kalian masak gulai tempe ke ,sambal tempe ke, masak lomak tempe pun sodap. Dah kalau kalian tak reti masak, sekadar goreng je cukuplah, lepas tu makan dengan cili padi hijau macam aku. okayyyyy
No comments:
Post a Comment