Pages

Wednesday, August 21, 2013

Cinta ulama!

Dalam salasilah peringkat dan tahap ulama ni ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui:



1) Nabi

2) Ulama Mujtahid mutlak di kalangan sahabat nabi seperti Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Muaz bin Jabal.

3) Ulama Mujtahid mutlak di kalangan tabi'in (murid para sahabat nabi) seperti Imam Abu Hanifah RA (pengasas mazhab Hanafi) dan Imam Malik bin Anas RA (pengasas mazhab Maliki).

4) Ulama Mujtahid mutlak dikalangan Tabi' Tabi'in (murid para Tabi'in) seperti Imam Syafi'e RA (pengasas mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad bin Hanbal RA (pengasas mazhab Hanbali).

5) Ulama Mujtahid fil Mazhab seperti Imam Nawawi dan Imam Rofie. Untuk mazhab Syafi'e, imam Abu Yusuf dan imam Muhammad untuk mazhab Hanafi.

6) Ulama Mujtahid fil Masail seperti imam Tohawi, imam Zufar.

7)Ulama Ashabut Takhrij seperti imam Guduri bagi mazhab Hanafi.

8) Ulama Ashabut Tarjih seperti imam Ibnu Hajar Haitami, imam Khatib Syarbini dan ramai lagi imam Tarjih bagi mazhab Syafi'e, dan imam Sohibul Kanz, Musannif Bahru Roiq untuk mazhab Hanafi.

9) Ulama Ashabut Tamiz seperti Musannif Hidayah bagi mazhab Hanafi, imam Zainuddin Malibari untuk mazhab Syafi'e dan ramai lagi.

10) Mufti seperti Syeikh Ali Jumuah (mufti Mesir), As-Syahid Syeikh Ramadhan Al-Butti (mufti Syria), Maulana Asyraf Ali Thanwi (mufti India), mufti Taqi Usmani (mufti Pakistan), Maulana Zakariyya (pengarang kitab Fadhilat Amal), Habib Umar (Darul Mustofa), mufti Radhaul Haq (bekas mufti Pakistan dan kini menjawat jawatan ketua mufti Afrika Selatan), syeikh Nuruddin Marbu al-banjari Al-Makki, Habib Ali Zaenal Abidin (Majlis Ta'lim Darul Murtadza), Mufti Ismail Menk (mufti Zimbabwe) dan ramai lagi.

11) Maulana seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi.


12)Tolib Ilm, pelajar yang mempelajari ilmu agama sepenuh masa.

13) Orang awam seperti saya, awak-awak yang tengah baca ni, cikgu sekolah, pilot ,doktor perubatan, tukang repair jam, tukang kebun, tukang cuci jamban dan sebagainya.

Hanya Mujtahid mutlak sahaja yang layak menyatakan "pada pendapat saya" berkenaan quran dan hadis..

Ulama-ulama  Mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "pada pendapat
saya" kepada al-Quran dan hadis berdasarkan usul-usul yang telah diberikan ulama Mujtahid mutlak yang mereka pilih...

Ulama-ulama ashab pulak layak berkata "pada pendapat saya" dalam memilih mana-mana
pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dengan maslahat ummat dan diraihkannya (dimenangkan) untuk menjadi qaul muktamad/fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab.

Smpai tahap ulama paling rendah dikalangan ulama besar iaitu ulama bertahap mufti, kerjanya ialah buka
kitab, mengkaji dan cari keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai qaul mufta bih (pendapat yang dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab). Jadi mufti tak layak berkata "pada pendapat saya" dalam apa jua masalah, lebih-lebih lagi Quran dan Hadis, sebab semua pendapat telah dibincang dan telah ada kata putus dari ulama sebelumnya sejak zaman berzaman, mufti
tinggal jadi posmen atau speaker untuk sampaikan apakah keputusan-keputusan para ulama terdahulu, dan juga berbincang dengan ilmu-ilmu usul Ifta (ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah-masalah baru/moden yang belum pernah wujud sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak melalui SMS dan lain-lai.

Bawah pada mufti barulah maulana iaitu ulama yang telah menguasai 15 cabang ilmu (Nahu, Sorof, Balaghah, Mantik, Bayan, Mmaani, Usul Fiqh, Aqaid, Isytiqaq, Badi', Qiraat, Sababun Nuzul, Nasikh Mansukh, Fiqh, Hadis)
untuk memahami sesebuah kitab dan juga telah khatam Kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam Islam secara bersanad dari syeikhul hadis yang muktabar (bukan belajar hadis dari buku seperti Albani dan murid-muridnya) dan juga menguasai ikhtilaf 4 mazhab..

Bawah daripada maulana ialah tolib ilm iaitu pelajar agama sepenuh masa, di bawah pengawasan ulama muktabar yang sedang mempelajari 15 cabang ilmu tadi, ikhtilaf 4 mazhab dan belum khatam atau diberi ijazah sanad kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yang paling utama.

Bawah daripada tu ialah orang-orang awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk memberi komen/pendapat tentang HUKUM HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam mana-mana hukum agama, yang halal bagi mereka hanyalah, bertaqlid (mengikut) kepada para ulama, dengar dan amalkan apa yang ulama sampaikan, dan mereka boleh/diharuskan untuk sampaikan ilmu tu kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar. Contohnya jika Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don cakap arak tu haram, maka orang awam boleh untuk bagitau pada orang lain bahawa arak itu haram. Yang haram ini ialah orang awam menyatakan "pendapat sendiri" contohnya bila orang tanya apa hukum pakai purdah? Golongan jahil murokkab menjawab "pada pendapat saya, hukumnya tak wajib sebab ianya cuma adat orang arab sahaja". Memberi jawapan seperti ini hukumnya haram dan dia bertangungjawab di padang mahsyar nanti atas jawapan tidak bertauliah itu, bahkan dalam sebuah hadis,nabi menyatakan orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain..

Dari 10 golongan tadi, terpecah lah kepada 4 golongan manusia iaitu:

1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil ulama itu kerana dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat
dipercayai. (Untuk orang awam dan tolib ilmu, tahap ke 12 dan 13)

2. Muttabi: iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi pembela kepada mazhab ulamanya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan glongan sesat. (Untuk smua ulama ashab, mufti dan maulana,tahap 7,8,9,10,11)

3. Mujtahid: iaitu ulama (berkelayakan) yang bertanggungjawab untuk keluarkan hukum dan kelayakan terendah ialah hafaz 300 ribu hadis Nabi beserta sanad sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat pada zaman Mutaqaddimin (Untuk ulama mujtahid tahap 2,3,4,5,6)

4) Nabi: iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari Allah atau perantaraan Jibril. Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana nabi Muhammad ialah nabi yang terakhir.

Jadi lepas ni, masing-masing sedar diri lah ye.. Kalau diri tu berada di tahap yang paling bawah sekali.. Saya pun sedar diri sekali...

Note: Dalam ajaran Wahabi, mereka mencela dan mengharamkan semua muslim dari tergolong dalam golongan Muqallid dan mewajibkan semua orang samada ulama atau orang awam untuk menjadi muttabi atau Mujtahid, jadi sebab Itu RAMAIIIIII di kalangan pengikut ajaran Wahabi suka mengeluarkan pendapat sendiri selepas membaca terjemahan Quran dan Hadis dan amalkan apa yang mereka faham secara nafsu tanpa mengikuti para ulama Muktabar, jadi jangan hairan kalau kamu lihat ramai pengikut wahabi yang bukan ulama (seperti cikgu sekolah, pilot, doktor perubatan, doktor falsafah), tapi berlagak seperti ulama besar dan mencela, membidaah, menuduh bodoh, menuduh syirik kepada ulama Muktabar bahkan mereka merasa kagum dengan diri sendiri dan menjadi pengarang-pengarang buku agama tanpa tauliah atas alasan nabi dan ramai sahabat nabi cakap tentang hukum sedangkan mereka bukannya ulama tapi cuma pengembala kambing (dalil paling bodoh dalam dunia) (Rasa nak bagi penampar sedas) ..

mereka menolak fatwa-fatwa ulama Salafus Soleh dan mereka tafsir sendiri Quran atau hadis atau pun mereka bertaqlid buta kepada ketua-ketua mereka, lalu mereka gelarkan diri mereka SALAFI. Sedangkan Salafi ni maksudnya pengikut ulama Salafus Soleh..

Wahabi pulak, tolak ulama Salafus Soleh seperti imam 4 mazhab (bahkan ada Wahabi ekstrem yang mengharamkan mengikut mazhab imam Salafus Soleh), kemudian mereka amal agama ikut nafsu,dan gelarkan diri sebagai Salafi..

=.="

Saya pun tak tahu kebodohan tahap ini istilahnya apa.. Mungkin ahli bahasa pun dah tak ada istilah lagi untuk golongan se-stupid itu..

No comments:

Post a Comment