Pages

Wednesday, June 22, 2011

Sejenak Renungan Kehebatan Islam dan Al-Quran

gambar hiasan

Mandi sebelum subuh dapat menyihatkan badan





Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti mengamalkan :-



1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh kihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya berbadan kurus.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan dicampur ais) setiap pagi. InsyaAllah mujarab dan dijauhi dari penyakit (susah ditimpa penyakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam Al-Quran juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini dibuktikan oleh saintis dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

gambar hiasan

5. Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
 Nabi SAW bersabda lagi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wallahu A'lam

1 comment: