Pages

Friday, June 10, 2011

Menyingkap Misteri Huruf Hieroglyph Yang Menceritakan Nabi Idris AS Pada Peradaban Mesir Purba


 Sebelum 70000 tahun yang lalu, peradaban Mesir purba telah wujud. Hal ini berdasarkan dari penemuan naskah kuno yang ada di Piramid Besar Khufu (Cheops), Giza, yang mengatakan, bahawa piramid dibina pada waktu gugusan bintang Lyra berada di buruj Cancer. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut berlaku pada sekitar 72.000 tahun sebelum Hijrah Nabi.



Piramid Besar Khufu

 Pembinaan piramid itu sendiri, ada hubungan erat dengan pemujaan bangsa Mesir purba terhadap Dewa Osiris (Oziris; Oser; Aser; Asar; Usire), yang digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hijau dengan mengenakan pakaian firaun (dalam bentuk mumia firaun) dan memakai mahkota Atef dengan sepasang tanduk kambing biri-biri jantan pada dasarnya, yang dipercayai sebagai dewa utama jelmaan Orion yang kemudian menjadi dewa kematian.

Dalam lambang-lambang pada piramid yang ditemui, Osiris digambarkan sebagai dewa yang mengenakan mahkota putih tinggi. Dengan kekuasaannya, Osiris dengan mudah boleh membinasakan bumi dengan isinya.

Masyarakat Mesir Purba juga percaya, bahawa dewa-dewa di langit harus mempunyai persinggahan di muka bumi. Atas dasar latar belakang itulah, maka kemudian Kompleks Piramid Giza pun dibina. 

Tentu kerana Osiris, maka kedudukan setiap piramid yang dibina mesti selari dengan kedudukan buruj dan bintang. Termasuk membina penjaganya, yakni makhluk berbadan singa berkepala manusia yang dikenali dengan sebutan, Sphinx.
Sphinx

Lalu, apa hubungan Osiris dengan Nabi Idris AS?

Syeikh Thanthawi Jauhari, di dalam Tafsir Jawahirnya menafsirkan, bahawa yang dimaksudkan dengan Osiris atau Azoris atau Oser, iaitu Nabi Idris AS sendiri. Perlu diingatkan, nama Idris merupakan ucapan nama dalam bahasa Arab, sama dengan Jesus yang disebut dalam bahasa Arab menjadi, Isa, John disebut dalam bahasa Arab, Yahya, dan sebagainya.

Menurut Syeikh Thanthawi, Osiris atau Idris ini, ialah seorang Nabi yang diutus Allah SWT kepada bangsa Mesir purbakala dan membawa ajaran-ajaran dan perubahan yang besar.

Di dalam sejarah Mesir purba menyebut, bahawa Osiris (Idris) meninggal, kerana dibunuh oleh saudaranya sendiri yang dengki akan pengaruhnya yang sangat besar. Lalu dipotong-potong badannya, untuk dihancurkan. Tetapi sepotong dari badan itu, dipelihara oleh isterinya dan diawet; pengawetan mayat itulah yang kelak menjadi kemahiran utama orang Mesir purba.

Syeikh Thanthawi menguraikan kembali dengan panjang lebar, bahawa pada zaman purba bangsa Mesir, antara Kerajaan dengan Agama adalah satu, sehingga Idris itu pun merangkap Raja juga. Maka itulah sebabnya, saudaranya iri hati kepadanya. Namun, setelah dia mati, orang Mesir purba memuliakannya kerana jasanya yang besar.

Menurut dongeng mereka, setelah seorang raja besar atau orang besar mati, bersidanglah hakim-hakim seramai 42 orang. Banyak anggotanya memusyawarahkan dan mempertimbangkan tentang kebaikan atau keburukan raja semasa hidupnya. Rupanya kebaikan Osiris atau Idris itu lebih banyak dan lebih berat, daripada keburukannya, maka ditempatkanlah dia pada tempat yang amat tinggi dan agung di alam lain.

Sayid Quthub di dalam “Fi Zhilalil Quran“ mengemukakan pendapat yang sama dengan pendapat Syeikh Thanthawi Jauhari ini, bahawa besar kemungkinan Nabi Idris AS ialah Osiris yang ternama dalam Sejarah Mesir purba itu.

Di dalam tafsir-tafsir lama oleh Thabari, ar-Razi, al-Qurthubi, Ibnu Kathir dan yang sezaman, tidak menyatakan kemungkinan Osiris ialah Nabi Idris, namun ditemui pada tafsir Syeikh Thanthawi Jauhari pada sekitar tahun 1928, atau pada Tafsir Sayid Quthub selepas tahun 1955.

Osiris

Dari hasil penyelidikan yang baru berusia 165 tahun itulah, maka ditemukan dengan cerita tentang orang besar Mesir yang bernama Osiris. Dan ajaran-ajaran Osiris yang terdapat dari huruf-huruf kuno Hieroglyph itu, bersamaan dengan ajaran Tauhid. 

Cuma setelah lama kemudian, sepeninggalan Osiris, setelah pada para hakim mengakui bahawa jasanya sangat besar, maka beliau di tempatkan di tempat yang Maha Tinggi di alam lain, yang pada akhirnya dipertuhankan, dipuja, dan lalu disembah (baca : Tafsir Al Azhar).

Dengan mengaitkan Nabi Idris AS sebagai Osiris, jika dilihat dari masa kehidupannya, dengan ini dapat disimpulkan bahawa :

1. Nabi Adam AS

Diperkirakan masa kehidupannya, sebelum 200000 tahun yang lalu. Bahkan ada pendapat yang mengatakan, beliau telah berada di bumi akibat diusir dari syurga sejak jutaan tahun yang lalu (baca : Teori Darwin, Nabi Adam, Piramid Giza dan Misteri Arkeologi, di Tengah Sisa Runtuhan Teori Evolusi).


2. Nabi Idris AS

Diperkirakan masa kehidupannya, sebelum 70.000 tahun yang lalu.

3. Nabi Nuh AS

Diperkirakan, masa kehidupannya sebelum 13000 tahun yang lalu (baca : Patung Spinx, bukti arkeologi bencana Nuh 13000 tahun yang silam dan Kapal Nabi Nuh, Misteri Sejarah Peradaban Manusia)

Pendapat yang mengatakan, sesungguhnya Nabi Idris AS adalah keturunan dari Nabi Nuh AS, mungkin ada benarnya. Akan tetapi, jarak diantara keduanya, bukan hanya 3 atau 4 generasi, seperti yang difahami selama ini, melainkan telah mencapai jarak puluhan, bahkan mungkin ratusan generasi.

Wallahu a'lam

1 comment: