Pages

Friday, June 17, 2011

Al-Quran Palsu Bernama Al-Furqan Al-Haq, Buatan Amerika

Inilah Al-Quran Palsu Bernama Al-Furqan Al-Haq


 Kalau sudah namanya Amerika, tak buat jahat sekali memang tak senang hidup. Bukan setakat negara orang dijarah dan diperkosa kesuciannya, orang Islam diseluruh dunia dibunuh dan dilayan seperti anjing, Nabi SAW dihina dan sebagainya, sekarang Al-Quran pula dijadikan mangsa. Kalau dulu ada seorang paderi lahnat Kristian merancang untuk membakar Al-Quran, kali ini kafir lahnatullah merancang pula untuk mencipta Al-Quran sendiri. Sebenarnya cerita pasal Al-Quran palsu ini sudah lama, tapi tak pernah digembar-gemburkan. Tapi kali ini aku cuba untuk mendedahkan rancangan busuk lagi keji oleh Amerika ini.

 Al-Quran palsu yang diberi nama Al-Furqan Al-Haq yang pertama kali dicetak dan diterbitkan di negara Islam iaitu Kuwait dan Iraq. Penyebar dan pencetaknya sudah tentu Amerika dan saudaranya iaitu Israel.

Al-Quran palsu (Al-Furqan Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggris ini mengandungi 77 surah rekaan  sendiri dalam 366 halaman, diantara nama-namanya adalah : Al-Fatihah, An-Nur, As-Salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, Al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.
 Dengan menggunakan basmalah yang membingungkan yang menggabungkan 3 agama, Islam, Kristian dan Yahudi. inilah basmalahnya :

سم الأب الكلمة الروح الإله الواحد الأوحد مثلث التوحيد موحد التثليث ما تعدد"

 Ertinya : “dengan nama bapa kalimat roh Tuhan yang esa tiga dalam satu satu dalam tiga yang berbeza-beza”

Dan inilah contoh ayat-ayat dalam al-quran palsu itu :
* Dalam surat Al-Muftarah :
يا أيها الناس لقد كنتم أمواتا فأحييناكم بكلمة الإنجيل الحق، ثم نحييكم بنور الفرقان الحق
Artinya : “wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimah injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqan al-haq”.

* Dalam surat Al-Masih :
وزعمتم بأن الإنجيل محرف بعضه فنبذتم جُلَّه وراء ظهوركم
Ertinya : “dan kalian mengira bahawa al-injil itu telah diubah (dipalsukan) sebahagiannya dan kemudian kalian mengingkarinya dibelakang punggung-punggung kalian.”

وقلتم: آمنا بالله وبما أوتي عيسى من ربه، ثم تلوتم منكرين، ومن يبتغ غير ملتنا دينا فلن يقبل منه، وهذا قول المنافقين
Ertinya : “dan kalian mengatakan : kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kalian mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq.”

 Begitu hebat idea jahat Amerika dan Israel ini dalam menghancurkan Islam. Mereka bersungguh-sungguh mahu melihat Islam betul-betul jatuh dan boleh dipijak sesuka hati. Apa tindakan kita sebagai seorang Islam yang tiap hari mengucapkan dua kalimah syahadah dalam solat? 

No comments:

Post a Comment