Pages

Friday, June 17, 2011

Mangsa Terakhir Tragedi Titanic Meninggal Dunia



 ELIZABETH Gladys Dean, salah satu mangsa terakhir yang terselamat yang dari tragedi karamnya kapal persiaran Titanic, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di England, kelmarin.
 Seperti yang dinyatakan AFP, Dean meninggal dunia di sebuah rumah orang-orang tua di Ashrust, sebuah kawasan desa di Hampshire, wilayah selatan England. Dean, 97, yang dikenali dengan nama Millvina oleh teman-temannya, baru berusia sembilan minggu ketika kapal persiaran mewah Titanic melanggar bongkah ais gergasi, dan tenggelam di Lautan Atlantik.

 Tragedi yang berlaku pada suatu malam, lebih tepat pada 14 April 1912, itu menelan korban 1.500 orang. Dean termasuk salah satu mangsa terselamat, bersama ibunya, Georgette Eva, serta saudara lelakinya, Bertram. Sayangnya, sang ayah, Bertram Frank, tidak berjaya  menyelamatkan diri dalam peristiwa tragis tersebut.

 Dean dilahirkan pada 12 Februari 1912, dan merupakan penumpang termuda yang menaiki kapal Titanic, yang disebut-sebut sebagai kapal persiaran termewah dan tercanggih pada masa itu. Tetapi, hanya 40 minit sahaja diperlukan bagi Titanic untuk tenggelam dalam lautan dingin Atlantik, setelah menghentam bongkah ais pada pukul 23.40 waktu tempatan.

 Dean kecil akhirnya dibawa pulang oleh keluarga ke Southampton, dan sama sekali tidak mengetahui bahawa dirinya pernah menumpang kapal persiaran tersebut, hingga usianya menginjak lapan tahun. Selama Perang Dunia II meletus, Dean sempat bekerja untuk kerajaan British sebagai pembuat peta. Setelah itu, dia bekerja di sebuah perusahaan teknik.

Pada 1985, puing-puing Titanic yang karam ditemukan. Sejak saat itu, Dean mulai terkenal dengan mendapat sorotan dari pelbagai media massa, dan turut serta dalam pembikinan filem dokumentari serta beberapa wawancara.

 Ketika filem Titanic (1997) diangkat ke layar perak, Dean diberi penghormatan untuk menghadiri tayangan perdana menolak untuk hadir, kerana hal tersebut menurutnya akan membangkitkan kesedihan.

*Dengan kuasa Allah, tiada sorang pun yang dapat menghalang .Subhanallah

No comments:

Post a Comment