Pages

Saturday, June 25, 2011

Gambar-gambar Albert Einstein ketika meninggal Dunia

sedang merangka formula...

gambar terakhir sebelum meninggal..


Gambar diatas adalah gambar terakhir dari Albert Einstein diambil pada bulan Mac tahun 1955. Tak ada detail yang boleh diambil dari gambar ini tetapi kemungkinan gambar ini diambil di rumahnya di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat. Sebulan kemudian pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman, yang sebelumnya didiagnosis secara tepat oleh doktor. Beberapa hari berikutnya Einstein meninggal pada usia 76 tahun

 Mayat Einstein dibawa ke kawasan pemakaman

Albert Einstein, seorang ahli fizik dimana rumus relativitinya mengubah pandangan dunia tentang "bagaimana alam semesta bekerja '. Beliau meninggal dunia 55 tahun lalu, pada tarikh 18 April 1955. Upaca pengkebumian Einstein yang meninggal berpunca dari kegagalan jantung pada usia 76 tahun, dilakukan secara tertutup. Dan ternyata hari dimana Einstein mati, seorang photgrapher bernama Ralph Morse (seorang photographer dari Majalah LIFE), berjaya mengabadikan hari berkabung tersebut. Tapi cerita itu tidak dihebohkan, kerana permintaan anak Einstein yang meminta mereka untuk menghormati masa berkabung. Majalah LIFE memutuskan untuk tidak menulis cerita lengkap.

Pejabat Einstein. Rasanya untuk menjadi genius, ruang tempat kalian belajar perlu bersepah seperti ini. Barangkali...

keluarga dan kaum kerabat di kubur Einstein

  keluarga dan kerabat Einstein pulang ke rumah

Akhirnya setelah proses pemakaman selesai. Pada sebelah petang para keluarga dan teman-temannya kembali ke rumah Einstein di 112 Mercer Street di Princeton, di mana beliau tinggal selama 20 tahun.

Photographer, Ralph Morse

Ralph Morse bekerja sebagai photographer untuk majalah LIFE selama berpuluh tahun. Sekarang setelah 92 tahun dan masih memiliki penglihatan yang baik, Ralph Morse baru-baru ini bersama LIFE.com dan berkongsi kenangan tentang hari kematian Einstein pada bulan April 1955.


Gambar diatas adalah salinan dari sebuah artikel yang ditulis oleh RW Apple Jr pada Jumaat, 18 April 1955, hari Albert Einstein meninggal. The Princetonian Daily menerbitkan edisi khusus tentang kematian Einstein selepas beberapa jam setelah kematiannya.

Kemungkinan Penyakit yang menyebabkan kematian Albert Einstein
maklumat Penyakit

* Aneurisma aorta abdominal (AAA) adalah saluran dari Aorta
* 10 penyebab utama kematian lelaki
* 50000 penyakit setiap tahun
* 15000 orang meninggal setiap tahun dari AAA
* Jika AAA pecah ada kebarangkalian 85% penyakit akan meninggal kerana kehilangan darah
* Albert Einstein meninggal dunia akibat AAA pecah



Penyebab Berlakunya Penyakit
# Tekanan darah tinggi
# Merokok
# Diturunkan melalui genetik
# Astherosclerosis (pengerasan dan penyempitan pembuluh darah)



Dan tahukah kalian semua bahawa Albert Einstein dikuburkan tanpa otak didalam kepalanya.

Otak Einstein





No comments:

Post a Comment