Pages

Saturday, June 25, 2011

10 Cuaca Paling Ekstrem di Angkasa Lepas


 Selama beberapa dekad, ahli astronomi telah menggunakan teleskop untuk menguraikan keadaan atmosfera di luar bumi yang jauh sekaligus menyimpulkan fakta bahawa kita harus bersukur telah tinggal di bumi ini (lame astronomer)


10.Serious Lightning (petir terparah) - memandai je aku translate



 NASA space ship, Cassini (tidak membawa penumpang) telah merakam sebuah petir elektrik lebih besar daripada petir elektrik daratan Amerika Syarikat di planet Saturn, dengan kekuatan 1000 kali lebih kuat daripada di Bumi. Badai petir yang merangkumi kawasan seluas 2.175 batu (3.500 kilometer) dari utara ke selatan dan dapat memancarkan gelombang radio sama seperti yang dihasilkan di bumi. 

9.Hot Crush (panas penghancur)


 Memang sesuai dengan namanya, venus merupakan tempat terpanas di galaksi bimasakti kita. Dengan suhu melampau mencecah 750 Kelvin (convert sendiri ke celcius) dan memiliki tekanan 90 kali di bumi ini akan membuat setiap pengunjung akan hancur berkecai (crush). Astronomi menyebutkan bahawa perkara ini terjadi kerana adanya kesan rumah kaca yang berlebihan dari awan sulfat yang menutupi langit-langit venus. maka jadilah kesan rumah kaca yang besar.

8. Methane Moon ( Bulan Metana)


  Cassini Huygens space ship menemukan bukti kuat iaitu hujan lebat metana cair yang terjadi di bulan milik planet saturn bernama "Titan" . Dan mungkin "air" yang ada di bulan itu adalah metana kerana pada suhu dingin Titan (94 darjah Kelvin) air pun akan dikurung seperti ais.

7.Scarlet Rain (Hujan Merah)


 Pada musim panas 2001, lebih kurang 50 tan partikel merah jatuh di Karala, India berterusan selama hampir dua bulan bersama hujan. Ternyata benda merah berkarat ini adalah partikel dari ribut debu dan sel-sel biologi yang berasal dari hidupan angkasa lepas (maksud aku bakteria dan sejenisnya). Dalam edisi bulan April jurnal Astrophysics and Space Science, ilmuwan dari Mahatma Gandhi University melaporkan bahawa partikel ini memiliki ciri-ciri sel biologi, dapat dihasilkan di suhu rendah, dan tidak memiliki persamaan dengan partikel debu biasa. 
6.Planet Popsicle ( planet ais}



 Planet pluto yang ada sekarang tidak dianggap sebagai planet yang ke-9 dalam galaksi bimasakti kerana memiliki fakta bahawa sinar matahari yang terdapat di planet Pluto jika dibandingkan bumi sekitar 1:1000 tahun dan menyebabkan planet ini terdiri dari ais beku yang terdiri dari nitrogen, metana dan karbon dioksida dengan suhu sekitar -387 hingga -369 Fahrenheit (40-50 darjah Kelvin). 
5.windy world (dunia angin)


 Di planet Neptun terdapat gemuruh angin yang bertiup lebih banyak dan kuat daripada yang ada di Bumi, mencapai kelajuan sehingga 1.500 batu sejam (2.414 km/j). Seiring dengan putaran planet yang laju (sekitar 16 jam untuk sehari) sehingga menyebabkan perolakan panas-dingin yang cepat juga dapat mempengaruhi kecepatan angin dan menciptakan kecepatan yang lebih laju dari angin  yang ada di bumi 
4.Freeze Frame(rangka ais)


 Suhu di planet Uranus (im sorry the name of this planet kind of disturbed) boleh mencapai di bawah -300 darjah Fahrenheit (89 Kelvin). uranus memiliki putaran 17 jam dalam sehari namun revolusi yang mencapai 84 tahun menyebabkan musim (ekstrem) akan lama berganti . Kadang-kadang boleh menjadi terlalu sejuk sehingga gas metana di atmosfear mengumpul menjadi metana awan kristal. 

3.Close Encounter (pelanggaran ribut terbesar)


 2 pusaran besar di planet Musytari diatas adalah ribut yang sedang mengamuk di planet tersebut. Dari ukuran ributnya saja kita boleh tahu. Ribut besar dinamakan The Great Spot, ribut yang dua kali lebih lebar dari ukuran bumi dengan kelajuan angin 350 batu sejam (563 km/j) dan ribut yang kecil di namakan Red Jr. Walaupun tidak sepenuhnya difahami, ahli astronomi mengkaji warna merah bergaul dengan keamatan ribut angin lalu membangkitkan tindak balas kimia dari bawah awan dan mengangkat pasir ke tempat yang tinggi ditambah sinaran ultraungu sehingga menghasilkan ton warna seperti batu-bata. 

2.Dust Buster (pelebur debu)


 Planet Marikh (bukan Bruno Mars) diketahui telah menghempaskan ribut debu yang melanda seluruh rekahan Marikh. Debu berwarna karat ini dapat tertiup dengan kelajuan 60-100 batu sejam (97-161 km/j), yang berlangsung selama berminggu-minggu ke bulan. Sebaik saja ribut bermula, debu tak tertembus ini dapat menyelimuti lebih dari separuh planet, meningkatkan suhu 30 darjah celcius di rekahan planet Marikh

1.Iron rain (hujan besi) -im sorry no suitable image to be put on

 Disebut sebagai "bintang yang gagal", planet Brown Dwarf ini adalah planet yang baru ditemui di galaksi bimasakti kita. Warna coklat menandakan bahawa planet ini memiliki unsur ferum (besi) yang tinggi. Planet ini memiliki ribut seperti yang ada di Musytari dan menghempaskan besi ke permukaannya (maksud aku ribut dia menghasilkan besi dan menghempas ke tanah). Brown Dwarf ini semakin sejuk dari waktu ke waktu, seterusnya molekul gas mengembun menjadi cairan besi-besi awan dan hujan. Dengan pendinginan lebih lama, ribut besar menyapu menjauh awan, membiarkan cahaya inframerah terang melarikan diri ke angkasa lepas.

*Maha Suci Allah yang menciptakan angkasa lepas yang pelbagai dengan kekuasaan-Nya. Tidakkah orang-orang kafir melihat kesemua ini sebagai tanda kekuasaan Allah? Kenapa mereka tidak mahu menerima kebenaran yang hakiki, Allah-lah yang telah menciptakan segala seuatu bermula dari sekecil zarah hingga sebesar matahari? Subhanallah ..Alhamdulillah ..Allahuakbar ..

3 comments:

  1. lupa nk share blog baru ak ni..follow please..tq http://abdulhafizasaree.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sungguh Allah itu yang berkuasa. dan tiada yang dapat menandingi Nya.

    semoga kebesaran ini dapat membuka pintu hati setiap manusia untuk menerima hidayah, tunduk atas kekuasaannya

    ReplyDelete