Pages

Tuesday, April 26, 2011

Siapakah manusia yang paling mengasihi Nabi SAW?

 Beliau ialah seorang hamba, pernah diseksa di padang pasir yang panas dengan diletakkan sebiji batu yang besar di atas perutnya. Diugut bunuh oleh tuannya supaya meninggalkan Islam tetapi tetap teguh imannya kerana Allah. Penderitaannya berakhir apabila dimerdekakan oleh Saidina Abu Bakr kerana terlampau kasihan melihat beliau diseksa dengan begitu kejam. Beliau seorang lelaki yang bertubuh gelap dan merupakan muazzin pertama dalam Islam. Beliau ialah BILAL BIN RABBAH.



 Saidina Abu Bakr menceritakan bahawa Bilal adalah manusia yang amat mengasihi Nabi SAW lebih dari sesiapa di dunia ini .Pernah suatu hari ketika kewafatan Nabi SAW, Bilal yang mengetahui berita itu tersangatlah sedih. Dan sampai suatu ketika beliau tidak mahu melaungkan azan lagi kerana terlampau sedih dan sayangkan Nabi SAW. Apabila dipujuk berkali-kali oleh Saidina Abu Bakr, barulah Bilal bersetuju untuk melaungkan azan. Ketika sampai di kalimah "أشهد أن النبي محمدا رسول الله", Bilal rebah dan pengsan. Beliau yang tersangat rindu dan sayangkan Nabi SAW pengsan ketika sedang melaungkan kalimah itu. Begitu hebat penangan kasih sayang Bilal terhadap Nabi SAW.


   Adakah kalian mempunyai perasaan yang sama seperti Bilal? Kalian fikirlah sendiri. Kalian mahu pertolongan dan syafa'at Nabi SAW ketika di padang mahsyar kelak, tapi nak berselawat kepadanya pun bukan main payah. Berat mulut macam tong dram. Kalian terlampau sombong, bongkak, takabbur. Mengagungkan hari kekasih padahal esoknya maulud nabi. Kalian bodoh. Adakah seperti ini kalian mahukan pertolongan Nabi SAW? Siapa kalian di akhirat esok? Hanyalah hamba hina yang ditelanjangkan oleh Allah dek kerana kesombongan kalian. Sedarlah, kalian dicipta daripada tanah, setiap hari dipijak binatang tapi bezanya kalian dikurniakan aqal. Siapa kalian, nak sombong dengan kekasih Allah? Entri aku kali ni agak emo tapi ini yang aku nak cakap. Aku cakap benda ni bukan untuk ingatkan kalian saja tapi untuk peringatan aku jugak. Kadang aku jugak terlupa, dan aku termakan dengan kata-kata aku sendiri. sekian

No comments:

Post a Comment