Pages

Sunday, April 24, 2011

PASAR PALING BERBAHAYA DI DUNIA

 Pasar adalah tempat dimana kita membeli barang-barang keperluan. Kalau tak ke pasar pun kita akan ke hypermarket seperti Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya. Kita sebagai pelanggan mestilah nak beli barang-barang dalam keadaan selesa dan aman tanpa sebarang gangguan. Tapi hal ini amat berbeza sekali di sebuah negeri di China, dimana sebuah pasar disana terletak betul-betul bersebelahan landasan kereta api. Agak-agak kalian nak ke beli barang kat pasar macam tu? Cuba bayangkan, ketika kalian tengah sibuk beli-beli, tiba-tiba ada kereta api sedang meluru laju kearah kalian. Kalian dengan tindakan refleks berjaya mengelak kereta api itu dengan baik sekali. Tapi malangnya 10 saat kemudian baru kalian perasan tangan kalian dah hilang disambar kereta api itu kerana kalian hanya berjaya menyelamatkan kepala, badan dan kaki sahaja. Tak ke sadis tu? Untuk lebih lanjut sila nengok video dibawah






UNTUNG MALAYSIA TAK SESAK MACAM CHINA -,-'

No comments:

Post a Comment