Thursday, July 21, 2011
RENUNGAN : SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
✿ Sayangnya Allah Pada Perempuan ✿
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising
pakai seluar 3 suku pun tak apa, janji tutup lututPerempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool je,
Tengah panas pun boleh bertudung, pakai jubah lagi, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas, sekolah, kerja pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamba je
lelaki ni nak sakit apa la sangat, perempuan lagi banyak penyakit dari lelaki,Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit
Hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
terus boleh lupakan pasangan lama
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan?lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
Diorang cakap, Allah tak adil
betul ke Allah tak adil?
Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Kenapa kuasa talak terletak di dalam tangan suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
barulah namanya adil kan?, kalau lelaki boleh buka, perempuan pun bolehDiorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan perempuan hebat
Cuba dengar pula lagu-lagu yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, SITI KHADIJAH, RABIATUL ADAWIYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah
Betapa kasihnya Allah dekat kamuBetapa sayangnya Allah dekat kamu
Betapa cintanya Allah dekat kamu
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayankang, dunia yg besar ni, dunia yang cantik ni, kamu jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
♥ Sekadar perkongsian bersama =)
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment