Pages

Thursday, June 23, 2011

Wow,Lelaki Ini Menghidap Tumor Terbesar Seberat 80Kg

 Mungkin ini merupakan tumor yang terbesar di dunia dengan berat hampir 80 kilogram. Penyakit tersebut tertanam di salah satu kaki Nguyen Duy Hai. Lelaki yang berasal Vietnam, berumur 31 tahun ini menghidap tumor di kaki kanannya sejak lahir.


kesiannya.. kalian tak rasa sebak ke..


 Walaupun kaki kanannya sudah dipotong 14 tahun yang lalu, namun penyakit tumornya terus membiak. Bahkan lebar pertumbuhan tumornya mencapai 1 meter. Tapi hebatnya, dia masih tersenyum lebar walau tidak boleh berbuat apa-apa pada tumornya itu.

adumak, dah macam dodol aku tengok...

 "Saya tidak boleh nak buat apa-apa, saya hanya boleh duduk dan berbaring," katanya di rumahnya di kota Da Lat di dataran tinggi tengah Vietnam.
 Tumor tersebut merupakan yang terbesar, yang pernah didokumentasikan di Vietnam. Ketua Jabatan Pemeriksaan Tumor Hospital di Hanoi, Vu Van Thach, berkata kepada pejabat berita Jerman DPA, "ini adalah tumor terbesar yang pernah direkodkan," katanya.

Keluarga Hai terlalu miskin untuk melanjutkan operasi sebaik sahaja selesai pemotongan kaki pada 1997, yang gagal menghentikan pertumbuhan tumor ditubuhnya. Saat ini dirinya tengah mengumpulkan dana untuk melakukan perubatan selanjutnya.

Selama hidup, dia berada dalam pengawasan ibunya yang berumur 61 tahun. Dr Vu Van Thach berkata tumor Hai bukan sejenis kanser, tapi boleh membesar kerana mutasi genetik. "Jika mutasi genetik itu berlaku secara ganas, dia tidak akan hidup hari ini," tegas beliau.

*syukurlah kita hidup dengan tubuh badan yang sihat, takde sebarang cacat cela. Jadi janganlah merungut kalau kalian merasa kalian  tak handsome atau cantik.


No comments:

Post a Comment