Bagi si pungguk yang berterusan merindukan bulan, tanggal 19 Mac ini menjadi kesempatan terbaik untuk terus meayu kerana pada tarikh itu bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak tahun 1992.
Malangnya, seperti diramalkan kalangan saintis, fenomena yang dieknali sebagai ‘lunar perigee’ atau ‘supermoon’ yang menyaksikan bulan pada kedudukan kira-kira 356,501 kilometer daripada bumi paling hampir dalam tempoh 20 tahun turut mengundang padah seperti cuaca melampau yang mengundang bencana alam.
Hampir setiap hari media antarabangsa menghebahkan laporan mengenai padah ‘supermoon’ yang merujuk kepada keadaan yang tampak lebih jelas berikutan kedudukannya itu.
Bagi pakar astronomi, mereka memberikan alas an gravity yang tercetus akibat kedudukan hampir bulan dan bumi itu pencetus pelbagai masalah cuaca melampau, baik sebelum dan pada tarikh berkenaan. Ini termasuk kemungkinan ia menganggu corak suhu bumi dan mencetuskan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi.
Kalangan saintis sebaliknya enggan mencetuskan rasa panic berkenaan biarpun pada masa sama, tidak menolak impak berkenaan. Kebimbangan berkemungkinan berlakunya musibah pada tarikh 19 Mac itu diperkuatkan lagi dengan sejarah lampau yang mana fenomena sama berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005 – tahun yang mencatatkan peristiwa besar berkatian cuaca.
Malah, tsunami yang mengorbankan ribuan penduduk Aceh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum ‘supermoon’ pada januari 2005. Pada hari Krismas 1974 pula, juga sebelum ‘supermoon’, putting beliung Tracy melanda Darwin, Australia. Pakar astrologi Amerika Syarikat, Richard Nolle, berkata bencana alam seperti rebut, gempa bumi dan letupan gunung berapi itu boleh berlaku disebabkan kedudukan hampir bulan dan bumi yang menyebabkan lebih banyak graviti berlaku kepada bumi.
“Persoalannya kemungkinan bencana itu berlaku bukanlah sesuatu yang aneh atau tidak masuk akal. Malah, saintis sendiri pernah melakukan kajian berkaitan senario itu itu sejak berdekad-dekad lalu. Dalam keadaan biasa sekalipun, jika bulan hampir dengan bumi boleh menyebabkan ‘beratnya’ dirasai apabila mencetuskan air pasang dan laut bergelora”, katanya.
Pakar cuaca dan gempa bumi Universiti Washington di Seattle, Amerika Syarikat, John Vidale, berkata perubahan ketara di lautan dan daratan, sememangnya boleh mencetuskan gempa bumi.
“Bulan dan matahari sememangnya memberi tekanan kepada bumi dan jika diteliti, kita sememangnya boleh melihat kaitannya dari segi mencetuskan aktiviti tektonik. Misalnya, apabila berlaku kejadian bulan penuh, kita boleh melihat kurang satu peratus peningkatan aktiviti gempa bumi yang turut memberi kesan kepada aliran gunung berapi”, katanya.
Bagaimanapun, pakar astronomi barat, Pete Wheeler, daripada Pusat Radio Astronomi Antarabangsa, sebaliknya skeptical dengan ancaman amaran itu. “Tidak akan ada gempa bumi atau letusan gunung berapi, kecuali ia memang akan berlaku dalam keadaan mana sekalipun. Bumi akan berdepan pasang surut lebih rendah berbanding biasa ketika kejadian itu, tetapi tiada apa yang mengujakan mengenainya”, katanya.
Pandangan Wheeler itu dipersetujui seorang pakar astronomi Australia, David Reneke, yang berkata pihak yang suka mengada-adakan teori konspirasi akan selalu dapat mencari bencana alam untuk dikaitkan dengan waktu tertentu dan menyalahkan fenomena ‘Supermoon’ di atas kejadian ini.
“Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mengaitkan secara kronologi hampir semua bencana alam dengan apa-apa saja di angkasa seperti komet, planet dan matahari.
“Pernah dikatakan jajaran planet akan memcahkan matahari tetapi ia tidak berlak. Saya menjangkakan pasang surut besar seperti biasa ketika fenomena itu” katanya.
Info
BULAN
· Ukur lilit kira-kira 3476 kilometer yang bersamaan satu perempat saiz bumi
· Jarak dari bumi kira-kira 384,400 kilometer
· Tiada air pada permukaannya
· Bulan mengambil masa 27.3 hari untuk satu pusingan lengkap bumi
· Sehari di bulan bersamaan 27 hari, 7 jam dan 43 minit. Puncanya kuasa graviti bumi dan bulan memperlahankan pusingan bulan
No comments:
Post a Comment