Pages

Sunday, December 5, 2010

TANPA KHILAFAH ISLAM TERUS DIHINA

  Pada akhir Ramadhan yang lalu hinggalah menjelang Syawal, untuk ke sekelian kalinya umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. kali ini adalah angkara rancangan biadap sekelompok puak Kristian di Florida di Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dia menyeru warga Amerika untuk memperingati tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai "International Burn a Koran Day" sebagai penutup tirai tahun 2010. .Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan "Islam is the devil" (Islam adalah Syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. "Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan", katanya ketika wawancara bersama CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, AL-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, hak asasi manusia dan barat. Rancangan gila Jones ini mengundang kritkan hebat dari umat Islam khusuhnya di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak bertegas dengan Jones atas alasan "kebebasan" di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Jones bagaimanapun membatalkan rancangannya di saat akhir.

  Namun demikian penghinaan terhadap Islam  tetap berlaku pada 11 September lepas, oleh sekumpulan ekstremis Kristian di AS. Empat kejadian mengoyak dan membakar Al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee. Dalam kejadian di Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat senaskhah Al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11. Sambil mengoyak, mereka menjerit, "Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan". Seorang daripada mereka kemudian berkata, "satu-satunya sebab mengapa saya tidak membakarnya dalam kawasan rumah putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (WTC) musnah kerana Al-Quran dan ajarannya". Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seirang lelaki yang membantah pembinaan masjid di tapak berhampiran Ground Zero (tempat runtuhnya WTC) mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah Al-Quran sebelum membakarnya. Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyak dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya. Di satu daerah di Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api unutk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah Al-Quran dan menggelar Islam "agama palsu".

  PENYAKIT ISLAMOPHOBIA
 Langkah gereja Dove World Outreach Center dan juga tindakan biadab beberapa orang paderi yg mengoyak dan membakar Al-Quran menunjukkan betapa Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) telah merebak luas dikalangan orang Amerika, khususnya ekstremis Kristian. Apa yag dilakukan oleh pihak gereja itu sesungguhnya tidak terlepas dari rencana global AS untuk 'memangsakan' Islam setelah serangan 11 September 2001 yang didakwa kononnya dilakukan oleh 'teroris' Muslim. Dunia mengetahui bahawa sejak serangan 9/11, AS melancarkan kempen war against terrorism dengan menjadikan Islam sebagai sasaran. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana Bush dengan jelas menjadikan war against terrorism ini sebagai 'perang salib' baru terhadap Islam yang seterusnya menzahirkan Amerika sebagai sasaran sebuah negara penjajah yang lagi buas dan ganas.
  AS telah menghancurkan Afghanistan dan Iraq dan membunuh lebih kurang dari 1.5 juta nyawa yang tidak berdosa dengan cara yang amat kejam serta menjadikan kesemua infrastruktur di kedua buah negara tersebut hancur luluh. Dunia Islam hingga kini dilanda derita nestapa yang belum ada penghujungnya hasil dari perbuatan jahat AS ini. Disebalik kejahatan AS ke atas umat Islam ini, masih ada segelintir paderi AS yang buta kayu cuba mengaitkan Islam dengan keganasan!. Tindakan mereka ini sesungguhnya membuktikan kebenaran firman Allah terhadap mereka "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah senang kepada kalian hingga kalian mengikuti agama mereka" (al-Baqarah ayat 120). Allah juga menegaskan lagi hakikat mereka itu dalam firman-Nya, "Mereka (kaum kafir) tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudaratan atas kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi" (Ali Imran ayat 118). Ternyata, walaupun Jones telah membatalkan hasratnya, namun masih tetap ada segelintir paderi yang mahu meneruskan apa yang Jones hajatkan. Ini membuktikan bahawa kebencian mereka terhadap Islam tidak pernah ada titik noktahnya.


  Dari segi politik pula, jika kita amati betul-betul apa yang cuba dilakukan oleh Jones, kita akan faham bahawa Jones 'tidak bersendirian' dalam hal ini. Sekiranya si paderi gila ini tidak mendapat 'sokongan' dari institusi pemerintahan dan juga pihak media Barat yang semuanya gila, mana mungkin percubaan yang tak masuk akal ini mendapat liputan meluas? Dalam ucapannya sempena menyambut ulang tahun kesembilan memperingati peristiwa serangan 11 September yang menyebabkan ketegangan dan permusuhan agama, Presiden Barack Obama menegaskan bahawa AS tidak akan pernah berperang dengan Islam. "Sebagai rakyat Amerika, kami tidak akan pernah dan tidak akan berperang dengan Islam", ujar Obama. "Serangan yang menimpa kami pada 11 September itu bukan berupa serangan keagamaan. Ia dilakukan oleh al-Qaeda, iaitu sekumpulan lelaki yang menyelewengkan agama," ujarnya lagi. Kata-kata ini tidak ada bezanya dengan ucapan John Brennan, penasihat kanan kepada Obama dalam isu terrorism ketika menyemak semula sebahagian dari dokumen baru 'The National Security Strategy' (Strategi Keselamatan Negara) yang diisytiharkan oleh Obama pada akhir Mei lepas yang menyebut bahawa the United States 'does not consider itself at war with  Islam' (AS tidak menganggap dirinya dalam keadaan perang dengan Islam).
  Alangkah indahnya permainan kata-kata mereka!. Kita dibutakan dengan kata-kata manis dan permainan ciptaan  mereka dengan harapan kita tidak melawan mereka semula dan berharap kita akan melutut meraih simpati supaya kita sentiasa tunduk kepada mereka. Kita dilimpahi dengan pelbagai kemodenan hidup seperti barangan ,makanan ,fesyen ,muzik dan lain-lain yang merupakan ciptaan mereka supaya kita sentiasa lalai dan leka dan terus melupakan apa tujuan sebenar kita hidup di bumi ini, supaya kita tidak pernah menganggap mereka sebagai pengganas, yang merosakkan kehidupan kita ,malahan kita lebih mengagungkan mereka. Tidakkah kita semua sedar akan realiti ini?. Dari sudut lain ,tidakkah kita semua tahu bahawa penyakit berbahaya seperti virus H5N1 dan H1N1 yang melanda dunia beberapa tahun lepas juga adalah rekayasa mereka? Tujuan mereka mencipta penyakit ini adalah untuk memporak-perandakan kehidupan manusia .Mereka sendiri yang  mencipta vaksin dan anti virus yang dijual kepada dunia untuk mengaut keuntungan supaya kita sentiasa bergantung kepada mereka .Kemudian mereka sendiri yang mengira berapa orang yang telah terkorban hasil daripada kerja keji mereka .Projek jahat mereka ini telah berjaya membunuh lebih kurang 300 ribu penduduk dunia. Logo Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri melambangkan kelicikan mereka. Sekarang anda dapat lihat bagaimana kita dipermainkan oleh permainan mereka?.

  Bagi Obama dan juga Brennan, pembunuhan langsung yang dilakukan oleh AS ke atas ratusan ribu umat Islam yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang -orang tua yang tidak berdosa di Iraq dan Afghanistan bukanlah peperangan terhadap Islam. Ini belum mengambil kira peperangan dan pembunuhan 'tajaan' AS di Pakistan, Palestin, Turki dan beberapa negara bergolak lainnya yang kesemuanya dilakukan ke atas umat Islam. Jika ini semua bukannya peperangan ke atas umat Islam ,lalu peperangan ke atas siapa?, ke atas Hindu, Buddha atau Yahudi?. Orang buta sekalipun mengetahui akan kemunafikan AS ini!.

2 comments: