Pages

Monday, August 26, 2013

GOLONGAN episod 3: IMAN BUKAN PADA PAKAIAN

Golongan 'iman bukan pada pakaian'.

Contohnya:


Seorang wanita yang mengalami litar pintas di wayar otaknya telah meletakkan gambar berahi pelbagai aksi di facebooknya lalu ditegur oleh budak-budak tudung labuh/purdah yang nak-dilihat-tapi-tak-nak-dilihat...

"Wahai ukhti, janganlah dedahkan auratmu, kelak akan menyesal di hari akhirat, mari lah kita bersama-sama jaga aurat kita.. Sekadar peringatan... ♥ "

Wanita wayar litar pintas tadi lalu dengan marahnya telah memanggil geng-geng litar pintasnya untuk mengganyang si tudung labuh tadi...

Wanita litar pintas 1) "Hoi minah kampung, kau nak berbungkus-bungkus macam tu, kau punya pasal la ter...(singkatan kepada sister).. Iman bukan pada pakaian, tapi dalam hati ni haaa.. kau apa tau.. Entah-entah harap muka je berbalut tapi perangai macam langsuir.."

Wanita litar pintas 2) "Eleh geng-geng bungkus ni ,nak ajak kitorang jadi hantu bungkus macam diorang plak... Walaupun kitorang dedah gunung everest, tapi hati kita ada bunga raya la wei.. Bukan macam korang, pakaian bukan main lagi mengalahkan angkawasan tapi hati busuk, suka tengok buruk orang... Angkat kaki la weiii..."

Wanita litar pintas 3) "Tak payah lah nk pakai-pakai tu semua, Allah nilai hati kita la.. bukan pakaian kita..."

Wanita litar pintas 4) "Ala pakai tudung/purdah tak semestinya konfem masuk syurga.. Kadang-kadang aku tengok yang rambut-percuma ni lagi baik akhlaknya daripada geng-geng hantu bungkus ni..."

Wanita litar pintas 5) "Alaa apa kurangnya korang? kami bukak baju laki tergoda, korang pun pakai purdah pastu tunjuk taik mata, tangkap gambar dekat-dekat laki tergoda jugak... Boooo..."

Maka geng-geng ayu berpurdah/bertudung labuh yang nak-dilihat-tak-nak-dilihat pun dengan sedih beransur pergi lalu bergabung bersama geng-geng niqabis yang lain dalam group "Niqabis Malaya-secret group" (bukan nama sebenar), lalu mereka bersidang dan berbincang lalu membuat keputusan: "Liga niqabis mengutuk kekejaman puak litar pintas atas kekejamannya terhadap kumpulan kami.."

Lalu mereka bersurai.... krik krik krik

Oh tidak~

1) Memang iman bukan pada pakaian, tapi orang beriman akan meniru pemakaian nabi-nabi mereka dan isteri nabi-nabi mereka.
2) Memang orang yang tutup aurat tak semestinya masuk syurga, tapi orang yang tak tutup aurat konfem masuk neraka.
3) Pemakaian Islam yang diajar nabi, sahabat dan para isteri nabi merupakan syiar islam, yakni pembeza antara kafir dan Muslim.
4) Kalau kalian tinggal di negara kafir, dan kalian tidak memakai pakaian syiar Islam dan berpakaian seperti Yahudi nasrani, maka dimanakah beza kalian dan mereka? Iman? iman tu boleh dilihat ke? Ada ke orang Islam yang tertulis 'islam' kat dahi dia?
5) Kalau ia berkenaan tutup aurat, tutup aurat tu kan wajib, kalau berkenaan pakaian sunat, ia adalah syiar kita cintakan nabi.
6) Kalau hari ni artis yang kita suka, gila-gila kita nak pakai macam dia, buat rambut macam dia, bergaya mcm dia, tapi bila kita suruh pakai jubah, mereka bagi alasan ia sunat, bila ditanya tak cinta nabi ke? Mereka jawab cinta dalam hati, bukan pakaian, jadi kenapa tak cinta artis dalam hati je?
7) Kenapalah orang Islam sangat alergi dan benci pada sunnah nabi? yang anehnya mereka laungkan 'I love Allah, I love Muhammad'.
8) Kenapa perlu pakai seksi-seksi, tak tutup aurat, bertudung tapi macam tak pakai, pakai baju tapi macam telanjang sedangkan kita tahu itu tanda takde maruah, murah. Apa tujuan kita pakai macam tu? Nak tunjuk "khazanah rizab negara" kita? Sebab lolipop yang tak dibalut takde siapa nak makan kecuali akan dikerumuni lalat, jadi kalau ada orang nak tu maksudnya orang tu lalat la..


*segala dialog dalam entri ini adalah lakonan semula.. Jadi janganlah terasa sangat :P

No comments:

Post a Comment