Pages

Saturday, December 24, 2011

Fasa Pertama

 Alhamdulillah, projek terakhir ye iaitu projek 6 bertajuk Preparation of Layout Plan Planning Studio 1 sudah berakhir. Semalam telah dilakukan presentation bagi projek ini dimana 46 orang studio mate sudah membentangkan layout masing-masing di hadapan lecturers. Segala pujian, kutukan, bahanan, cadangan, feedback dan input dari Dr. Lukman dan Asst. Prof Dr Zailawati aku terima dengan hati yang terbuka. Dengan berakhirnya pembentangan bagi projek akhir ini maka dengan tidak rasminya semester 1 aku di UIA Gombak akan berakhir dalam jangka masa 2 minggu lagi. Segala taik kentut, haru biru dan sambal belacan di sem 1 aku berjaya harungi dengan jayanya, walaupun satu ketika aku berasa ingin berputus asa, namun jejaka berdarah kacukan Melayu Jawa ini tidak akan menyerah begitu sahaja. 


 Baiklah ye, pertama kalinya ye, aku ye, sangat bangga ingin menerbitkan entri kali ini kerana lihatlah, sudah 3 bulan aku tak terbitkan sebarang entri. Ini merupakan satu kejayaan yang amat mengharukan. Adapun hari ini sahaja aku berjaya menulis.


Dek kesibukan perihal studio dan universiti dan ehem-ehem, aku tak berkesempatan nak bercerita tentang apa yang berlaku disepanjang 3 bulan itu. Namun kesibukan bukanlah menjadi fucktor utama aku kerana hal-hal lain seperti keluarga juga perlu dititikberatkan. 


 Minggu hadapan, minggu dimana peperiksaan akhir pertama aku di universiti akan berlangsung. Peperiksaan akhir ini amat penting kerana akan menjadi penanda aras, sejauh mana kemampuan aku untuk bertahan di tahap ijazah sarjana muda ini. Dianggap sebagai newbies dalam bidang perancangan bandar, tidaklah mematahkan semangat aku sebaliknya berjaya membawa aku kepada kecemerlangan yang hakiki. 

 Oleh yang demikian, setakat ini sajalah yang aku mampu celotehkan tentang sedikit banyak, apa yang telah berlaku 2 3 hari ini. Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan dengan lebih terperinci projek-projek yang telah aku laksanakan disepanjang 4 bulan semester pertama di UIA. 

Assalamua'alaikum! 


PEACE AND LOVE =3

No comments:

Post a Comment