Pages

Monday, September 5, 2011

TAJUK BARU

 Assalamualaikum semuanya.. Mintak maaf la sesangat kepada pembaca-pembaca tegar blog ni termasuk kamu tu yang tengah baca sekarang sebab aku dah lama tak update entri.. Dah tak banyak aktiviti kat blog ni dah.. Boleh dikatakan agak sunyi la, tak meriah macam dulu. Kalau dulu memang galaklah, boleh kata tiap minggu, bahkan tiap hari ada je cerita baru yang aku post. Semua aku post entri merepek, yang illuminati la, yang konspirasi tu konspirasi ni la, dajjal la entah apa kejadahnya tu yang kamu tu tak berminat nak baca kan. Dulu sebab aku cuti. 4 bulan cutinya mula dari bulan Mei. Maka memang semangat disitunye pun. Kerja masa cuti cari bahan untuk buat entri. 

 Banyak pembaca-pembaca yang bagi komen positif kat aku, contohnya hebat jugak boleh buat cerita-cerita macam ni, bagus ada masa depan untuk jadi sasterawan negara. Ada jugak yang bagi komen pahit, contohnya kalau setakat copy paste dari blog orang lain sekadar nak sibukkan traffic dan naikkan pageviews sekaligus menarik followers baik tak payah. Campak jela blog kau ni dalam lombong. Ada ye orang suruh aku campak blog ni dalam lombong. Aku boleh gelak senyum jela tengok komen-komen orang ni. Biarlah orang nak kata apa kan. Mulut orang mana boleh tutup. Untuk pengetahuan kamu, semua entri-entri yang kamu baca dalam blog ni adalah hasil usaha aku sendiri yang menulisnya, dan sudah sangat tentulah aku ada buat rujukan sikit-sikit, usha-usha blog orang yang lagi pro dari aku. Cuba kamu fikir logik, boleh ke kamu lulus ujian tanpa baca buku, buat rujukan, tak pun bertanya kat orang lain? Mustahil kan. Sama jugak la macam aku. Setiap kali aku nak tulis satu-satu entri, aku akan buat research, rujuk blog orang lain, cari maklumat sahih dalam internet, aku kumpul jadi satu, pastu terhasil la entri tu...


 Sekarang balik kepada kenapa aku dah jarang post entri. Mulanya aku perlahan dalam bulan puasa. Start bulan puasa je aku dah kurang. Latest entri tu yang bertajuk The Li Bloodline tu pun aku ambik kira-kira sebulan lebih untuk siapkan. Dah dekat raya hari tu lagilah aku tak sentuh blog langsung. Bukak pun tak. Biasa la kan raya sibuk kemas rumah, tolong mak masak semua nye pun kan. Kan kan kan. Hmm pastu dah raya ni tersangatlah sibuk. Pi lawat sedara mara kat Perak. Tak terfikir langsung nak update blog. Sampai satu masa aku fikir, pergi mampus la blog ni bukan ada orang bukak baca pun kan. Tapi selang 3 kali hari lepas tu bukak, tengok 100++ pageviews naik. Aku tertanya-tanya dalam hati siapa yang baca blog aku ni, hantu ka? Followers tak naik-naik pun, takat tu ja. Aku pun ingat depa segan ni nak follow blog cikai aku. Aku pun tak ada la sangap sangat nak followers beriban-riban, aku tak pernah nak post entri kat Facebook bagi orang baca, tak ada. Yang aku buat aku post entri kat Twitter, tu jela.


  Kalau kamu semua nak tahu, esok 6 September 2011 aku pergi UIA Gombak, buat pendaftaran. Dah sampai seru aku sambung belajar, buat degree. Nama panjangnya Bachelor Of Urban and Regional Planning (hons). Hons tu honourable, maksudnya kepujian. Aku cakap kalau kamu tak tahu lah. Degree ni aku rasa 4 tahun kot. Aku rasa la. Kalau aku tak rasa pun apa kamu kisah. 


Heh sudah la aku merepeknye punnn~~~!!! huh macam mak nenek .zzzzzzzzzzz


bi Assalamualaikum


hi name saye Asyiqa..Hamim ni paksu saye..

1 comment: