Pages

Saturday, July 23, 2011

HANCUR HATIKU

gua mintak maaf sangat-sangat kalau ini post gua kasi melencong sikit. gua memang takde mood takde nafsu nak post entri baru, gua takde bahan, maklumat baru, dan gua malas nak cari. citer kali ni takde kena mengena dengan konspirasi, freemason, illuminati and other bullshits that i used to write. sejak beberapa hari lepas ni banyak benda dah yang berlaku.

first, pagi tadi pukul 2.30 pagi, tiba-tiba papa gua mengadu sakit dada. mak gua cakap sakit dada dia start sakit dari pukul 1 lagi. dia tak boleh tidur, bergolek atas katil je. lepas tu mak cakap papa macam tak tahan dah, nak pergi klinik. klinik mana bukak pagi-pagi buta ni, jadi hospital jelah. mak gua pun kejut abang gua pergi hantar papa gua kat hospital. gua macam tak suspek apa-apalah kat papa. sebab sebelum ni pun dia pernah mengadu benda yang sama. tapi ni pertama kalin dia mintak pergi hantar klinik. gua macam risau dia kena heart attack ke apa. bila abang gua dah balik, papa gua takde sekali dengan dia. abang gua cakap dia kena tahan kat hospital untuk pemeriksaan seterusnya. serious masa ni jantung gua berkocak gila. gua speechless, gua risau kalau ada apa-apa terjadi kat papa gua. tapi 2 jam lepas tu, papa gua call, dia cakap dah boleh ambil dia kat hospital. dia cakap tak ada benda berlaku, semua selamat. itu dia cakap!! tapi gua tak tenang lagi. gua risau dia kena lagi macam tu. anak mana yang tak cuak tengok ayah dia sakit-sakit. anak ikan yang takde perasaan boleh la.

lagi satu,kes kali ni memang agak memalukan gua la. gua tak tahu la apa yang orang dengki sangat dengan gua. gua tak cecah 19 tahun pun lagi tapi gua dah kena fitnah kaw-kaw. gua tak berniat nak mengumpat, mengutuk, mengeji ke apa, tapi gua kenalah cakap benda yang benar untuk pertahankan diri gua yang kena fitnah ni. kisahnya ada sorang perempuan bangsat ni cakap gua ni player, menggatal dengan banyak perempuan, mintak couple sesuka hati lepas tu dumb perempuan macam tu. dahsyat betul fitnah ni. seJUJURnya gua cakap gua banyak berkawan dengan perempuan, banyak kenalan perempuan. tapi tak bermakna gua mengayat dan mengaut semua perempuan untuk dijadikan awek!! tak sama sekali. sekarang ni salah ke gua ada banyak kawan perempuan. its a normal thing and it really shows me that i am a straight guy!! aku pun ada banyak kawan lelaki, sama rata je. so perempuan bangsat yang fitnah gua tu nak kecoh apa?? dia jealous ke aku berkawan dengan perempuan? dan sekarang nama gua agak tercalar dikalangan member-member tempat gua belajar. kebanyakkannya perempuan. lelaki tak banyak ambil kisah sangat. jadi macam mana gua nak bersihkan nama gua yang dah buruk ni? kat sini jelah gua boleh bagitahu kebenaran. yang dapat baca tu Alhamdulillah, dorang dah tahu perkara sebenar. yang tak baca? mesti dorang anggap aku ni playboy teruk, suka tukar-tukar girlfriend. wattefak??

apa yang gua boleh buat sekarang doa jelah banyak-banyak, mohon kat Tuhan supaya jauhi gua dari segala fitnah busuk, mulut longkang, ngumpat belakang dari orang yang benci kat gua. lebih-lebih lagi nak dekat bulan puasa ni, lagi banyak dugaan. gua yang kecik lagi pun dah ada haters. masalah lagilah bertimbun dengan kesihatan papa gua yang terganggu sikit. hmm gua tak boleh nak jaga hati semua orang. semoga perempuan yang fitnah gua tu hidup bahagia dunia akhirat. tak guna aku berdendam. biarlah haters yang membenci gua terus membenci. satu hari nanti mereka pasti akan tahu kebenaran yang hakiki

1 comment: