Pages

Friday, July 29, 2011

DIRGAHAYU PAPA

 Kekalahan Malaysia memang boleh dipertikaikan, kerana tersangatlah jelas pemain-pemain Singapura menggunakan taktik yang selalu dipraktikkan oleh Alex Ferguson untuk pasukannya iaitu Manshitster United iaitu taktik "jatuh dan lembab". Taktik kotor ini selalu digunakan apabila sesebuah pasukan itu tinggal selangkah lagi untuk ke pusingan seterusnya seperti perlawanan kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura. Pada perlawanan pertama mereka iaitu Singapura telah menang dengan keputusan 5-3,  jadi untuk menghadapi perlawanan kedua di Bukit Jalil, mereka hanya perlu bermain secara jijik dan memualkan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.


gua duduk kat tingkat 3. 


 Jadi begitulah yang terjadi pada perlawanan itu. Begitu banyak drama yang berjaya ditayangkan di padang. Penonton dan penyokong pastinya yang kecewa kerana mereka semua memenuhi stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia, bukan untuk menonton wayang Singapura yang menyakitkan hati!. Tiada angin tiada ribut, pemain-pemain Singapura jatuh bergolek di atas padang seperti bayi kekurangan zat besi meminta kasih simpati daripada pengadil sekaligus membazirkan minit-minit penting bagi Malaysia untuk menjaringkan gol. Dan ini semestinya membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong Malaysia yang menghamburkan kata-kata "pujian" dan isyarat jari tengah kepada pemain Singapura sejauh tingkat 3 Stadium Bukit Jalil. Memang pemain Singapura akan nampak dan berasa kecil hati dengan tindakan penyokong Malaysia yang biadap. 


 Penjaga gol Singapura seharusnya dianugerahkan pelakon scum bola sepak terbaik kerana lakonan beliau diatas padang berjaya memukau puluhan ribu penonton. Lakonan sakit kepala tak pasal-pasal dan seterusnya baring tergolek-golek ibarat terkena strok memang menambat hati para pengurusan bola sepak Malaysia. Sepatutnya pengurus Chelsea yang baru, Andres Villas-Boas menawarkan kontrak kepada Izwan Mahbud bagi menggantikan Petr Cech yang sudah tua. Mungkin itu sebagai balasan kepada penyokong Malaysia yang tidak beradab sewaktu lagu kebangsaan Singapura berkumandang, dimana penyokong Malaysia terpekik, terlolong, mengejek dan pelbagai lagi bentuk provokasi. Nampaknya Izwan telah berjaya mencapai matlamat iaitu membuat penyokong Malaysia sakit hati dan berbulu. Dengan ini sekian sari berita sukan antarabangsa, kembali semula ke tajuk utama.


 Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-58 tahun kepada papa juara satu dunia, Faisal bin Abu Salim. Ya Allah..sedar tak sedar tak papa dah menjengah umur yang ke-58.. Sebak hati ni bila ingat balik ..umur yang belum cecah 19 tahun ni dah banyak buat dosa dengan orang tua 58 tahun..Boleh nampak jelas uban-uban kat kepala..Ya Allah..ayahku sudah tua..Kenapa aku masih tak sedar?? papa..sempena hari lahir papa..amim nak minta ampun atas dosa-dosa amim dekat papa..sepanjang hidup amim kalau amim ada biadap, kurang ajar, meninggi suara, buat tak endah dekat papa.. papa dah tak berdaya ..tapi papa masih punya kudrat..Tiap pagi papa kerahkan tenaga tua papa ke Tesco untuk buka kedai..Cari sesuap nasi untuk amim..papa..ampunkan dosa-dosa amim..halalkan makan minum amim..halalkan segala ilmu yang papa dah ajar untuk amim... DIRGAHAYU PAPA!!


BIG HAPPY FAMILY :)

1 comment:

  1. hello brader
    setelah byk artikel2 bijak penuturan jelas yg menyemarakkan semangat jiwa Islam dan Melayu, ko spoil everything dgn artikel kat atas tu...
    i thought u were different, but u were no different from most mat melayu msia yg ada satu penyakit ni:
    demi menyedapkan hati.. suka mengkritik sesama saudara islam Singapura... kalo tabiat suka mengkritik tu.. sesia saja tulis panjang lebar tentang daulat islam.. nusantara raya.. yg aku sendiri idamkan..
    aku anggap saudara dgn org msia.. tapi org msia anggap kita jelek..
    iktibar apa yg ko dpt dari kajian tentang jaffar onn la tengku a ulrahman lah.. misi freemason .. perpisahan negeri jiran dgn msia.. dan segala penipuan when at e end of e day.. ko kutuk kitorang??
    da bsnyak blog aku baca... mula nya kagum.. tapi alhir ya dissapointed bila start kutuk2 org spore..

    ReplyDelete