Pages

Saturday, June 18, 2011

Inilah Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina..!!

gambar hiasan
Hayati hikayat ini untuk mempunyai gambaran apakah dosa yang lebih besar dari berzina.


 Pada suatu senja yang lengang, terlihat kelibat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan duka cita yang mencengkam. Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tiada rias muka atau perhiasan melekat di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang melaknat hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa AS.



 Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam,  “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa as terkejut. “Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa. Maka perempuan itu pun terpatah bercerita, “Saya ……telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


 Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya……. Cekik lehernya sampai……mati”, ucap wanita itu seraya menangis semahu-mahunya. Nabi musa berapi-api matanya. Dengan muka berang Nabi Musa mengherdik, "Perempuan dayus, nyah kamu dari sini agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!", teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


 Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca berderai pecah, hancur luluh segera bangkit dan melangkah pergi. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mhau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

 Dia tidak tahu bahawa sepemergiannya dari rumah Nabi Musa, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang malaikat lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian seorang wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

 “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada dosa perempuan yang nista itu?” “Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa yang penasaran. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa rasa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina." Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

 Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang mahu bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

 Dalam salah satu hadith Nabi SAW menyebut: Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaa’bah. Dalam hadith yang lain menyebut bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian dia mengqadanya atau, maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub bersamaan lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 365 Hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina beserta dua hadith nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan menimbulkan niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.

*kita hidup dengan rezeki Allah, kita bernafas dengan udara Allah, kita berpijak di bumi Allah, tapi kita liat sangat nak solat. Kenapa? Apa yang kita lakukan sebagai ganti? Allah tak minta kita bayar balik semua oksigen yang kita sedut sejak bayi, tak minta kita bayar balik nasi yang kita makan selama kita hidup, tak minta kita bayar balik semua benda yang kita guna di dunia ni. Tapi yang satu-satunya yang Allah mahu ialah kita bersyukur kepada-Nya dengan menunaikan solat. Kenapa susah nak solat? Satu persoalan yang kalian sendiri perlu jawab.

No comments:

Post a Comment