Pages

Friday, June 24, 2011

7 Keajaiban Dunia Versi Al-qur'an dan Hadith Nabi SAW


 Menara Pisa, Tembok Besar Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Menara Eiffel, Piramid di Mesir, Patung Jesus The Redeemer, Colliseum, Macchu pichu, 

 Semua diatas ialah keajaiban dunia yang kita kenal. Kalian mesti kagum dengan keajaiban dunia tu semua. Tapi sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib sangat, biasa je, sebab ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin kalian tertanya-tanya sekarang, apakah keajaiban tu? Tujuh keajaiban dunia itu adalah:




1.Haiwan Boleh Berkata-kata di Akhir Zaman

 Maha suci Allah yang telah menciptakan segala sesuatu bercakap sesuai dengan yang Dia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaannya adalah apabila hari kiamat akan muncul, haiwan semua yang akan bercakap kepada manusia sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila ayat-ayat telah diturunkan ke atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

 Pemerintah negeri Syam (sekarang Syria), Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkata tentang ayat di atas, “Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rosaknya manusia yang mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah menggantikan agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang akan diperincikan kemudia. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Kathir (3/498)]

 Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya tak akan datang hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam sahihnya (2901), Abu Dawud dalam kitabnya (4311), At-Tirmidzi dalam kitabnya (2183), dan Ibnu Majah dalam kitabnya (4041)




2.Pokok Kurma yang Menangis

 Ada satu pokok kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah SAW, kenapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya,

 “Jabir bin Abdillah RA berkata: “Adalah dahulu Rasulullah SAW
berdiri (berkhutbah) di atas sebatang pokok kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pokok kurma tersebut hingga Rasulullah SAW
turun kemudian baginda meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhari dalam Sahihnya (876)]

Saidina Umar Al-Khattab RA berkata,

“Dulu Nabi SAW berkhutbah pada batang pokok kurma. Pabila baginda telah membuat mimbar, maka baginda berpindah ke mimbar itu. Batang pokok kurma itu pun merintih. Maka Nabi  SAW mendatanginya sambil mengusapkan tangan baginda pada batang pokok kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhari dalam sahihnya (3390), dan At-Tirmidzi dalam kitabnya (505)



3.Batu Mengucapkan Salam

 Mungkin kalau burung yang mengucapkan salam memang perkara biasa kan. Tapi bagaimana jika sebiji batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang beriman kepada
Rasul-Nya, sudah tentu kalian akan membenarkan semua yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan baginda kepada para sahabatnya bahawa ada sebiji batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada baginda sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
aku mengetahui sebiji batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Sahihnya (1782)





4.Pengaduan Seekor Unta




 Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun ada. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah SAW mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far RA berkata, “Pada suatu hari Rasulullah SAW menaiki unta lalu memboncengku dibelakangnya, kemudian baginda membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan aku ceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung ketika membuang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang pokok kurma. lalu beliau
masuk kedalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi SAW melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi SAW mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini ?”
Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.

Maka Nabi SAW bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah, yang telah menjadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqi dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)








5.Kesaksian Kambing Panggang

 Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadith berikut:

Abu Hurairah RA berkata,

“Rasulullah SAW menerima hadiah, namun tak mahu menerima sedekah itu. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada baginda kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah SAW pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum keluarga (sahabat) juga makan. Maka Nabi SAW bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin Ma’rur Al-Ansori. Maka Nabi SAW mengirim (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk membunuhku?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka dia pun dibunuh. Nabi SAW bersabda ketika baginda sakit yang menyebabkan kematian baginda,”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar.Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Disahihkan Al-Albaniy dalam Sahih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]



6.Batu yang Berbicara

 Setelah kita tahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang bercakap di akhir zaman. Jika kita fikirkan, memang agak pelik, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh khabar yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, baik yang masuk akal, atau tidak. Karena Nabi SAW tidaklah pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan baginda berbicara mengikut panduan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala
perkara ghaib.

Rasulullah saw bersabda,

“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi,sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam sahihnya (2767), dan Muslim dalam sahihnya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Dalam hadith ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pokok, dan batu. Lahiriahnya hadith ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara se
cara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

1 comment: