Pages

Tuesday, May 17, 2011

TOPIK PALING MENAKUTKAN CHARLES DARWIN


 Tak payah nak diperkenalkan lagi, pasti kalian mengenali lahabau atas ni. Dialah yang mempelopori teori yang mengatakan bahawa asal usul nenek moyang manusia adalah dari beruk!. Pada pendapat peribadi kalian sendiri lah kan, kalian mahu ke diklasifikasikan sebagai keturunan beruk? Tak kan?!. Jadi si mangkuk hayun lahabau tahap cipan ni semahu-mahunya mengaku keturunan dia dan manusia yang lain berasal dari beruk dengan alasan teori itu boleh dikaitkan dengan lagi satu teori murahan iaitu dunia dan segala isi didalamnya tercipta secara kebetulan ataupun tak sengaja sekaligus menolak kewujudan pencipta segala makhluk iaitu Allah SWT yang Maha Perkasa. Sebagai manusia yang sihat tubuh badan dan akal, kita pun boleh berfikir secara rasional bahawa dunia ini tidak tercipta secara kebetulan, yakni ada pencipta yang menciptakan segalanya. Aku bagi kalian satu contoh la, kalian beli satu kek dari kedai dan bawa balik kek tu ke rumah. Sebelum kalian memakan kek tu, kalian pernah tak terfikir bagaimana kek tu dihasilkan?. Bagaimana mulanya kek tu diuli dari tepung bercampur gula, pewarna, dan sebagainya, dan sudah tentulah pembuat kek tu adalah manusia. Tapi logikkah kek tu terjadi dengan sendiri atau kebetulan? Ataupun kek tu jatuh dari langit? Begitu juga dengan alam semulajadi, bukit-bukau, sungai, laut, semuanya bukan tercipta secara kebetulan tapi diciptakan oleh Allah. Allah mengurniakan manusia dengan aqal supaya manusia boleh berfikir secara waras, tapi tidak pula berlaku pada Charles Darwin ini. Kesian tengok Darwin, lagi kesian aku nengok pengikut-pengikut yang percaya bulat-bulat apa yang lahabau Darwin ni cakap. Selesai merapu panjang, aku masuk ke topik asal.


 Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.

 Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.

Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kalian tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.

 Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!


 Jika kalian melihat sebuah kereta ketika kalian berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kalian bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, apakah kalian akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?
 
 Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata,"Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk". (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.


 Darwin Juga Tidak Mahu Memikirkan Tentang Bulu Burung Merak. Pernahkah kalian mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.
 
 Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak selesa. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening!".

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah ,dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

1 comment:

  1. Speechless la Charles Darwin...
    Ciptaan makhluk Allah sngguh indah dan MANUSIA adalah sebaik2 ciptaannya. :)

    Keep writing Hamim!

    ReplyDelete