Pages

Monday, April 11, 2011

NIKMATNYA TIDUR

Tidak dapat dinafikan bahawa tidur memang satu nikmat Allah yang dapat dirasakan oleh setiap manusia dan haiwan.  Sampai sekarang tidak ada suatu ubat yang boleh menggantikan tidur.  Akan tetapi bilakah nikmat tidur dapat dirasakan? Itulah perbualan di antara Thumam dengan seorang yang gila yang menghuni rumah orang-orang gila.


Ketika itu Thumam sedang melawat rumah kebajikan yang menempatkan orang-orang gila. Tiba-tiba saja dia ditegur oleh seorang penghuni disitu.

"Assalamualaikum tuan" kata orang gila itu
"waalaikum salam" jawab thumam
"Tuan, betulkah tidur itu merupakan suatu nikmat?"
"Memang betul" jawab Thumam
"tapi bila orang tidur itu dapat merasakan kenikmatannya?" tanya orang gila itu lagi.

Belum sempat Thumam memberikan jawapan, orang gila itu telah berkata "Kalau tuan jawab setelah jaga dari tidur, itu bukan nikmatnya tidur tapi nikmat jaga.  Kalau tuan kata sebelum tidur, tidak kena juga, sebab, bagaimana mungkin sesuatu dapat dirasakan nikmatnya sebelum dikerjakan.  Kalau tuan jawab ketika sedang tidur, lebih tidak kena, sebab orang tidur tidak akan dapat merasakan apa-apa"

"Oh..maklumlah orang gila" fikir Thumam sambil beredar dari tempat itu.

No comments:

Post a Comment