Pages

Saturday, March 26, 2011

RANKING UNIVERSITI DUNIA

 Seperti biasa, universiti-univesiti dari Amerika Syarikat dan United Kingdom mendominasi carta universiti terbaik dunia. Tak perlu disebutkan lagi ,unversiti tersohor dunia seperti Harvard, Cambridge, Yale, dan banyak lagi dari 2 negara pengganas dunia itu sentiasa menduduki tangga teratas. Aku pun tak tahu macam mana dorang evaluate yang terbaik sebab ada beribu universiti kat dunia ni .Dan yang tukang mengira ranking ni pulak daripada Amerika sendiri ,so no wonder la dorang always on top. Dibuatnya  Harvard nombor yg ke-10 ke ,20 ke, tak ke malu Amerika. Sebab Mark Zuckerberg pun produk dari Harvard, so maybe dorang ambil tu sebagai advantage untuk dorang sentiasa berada di atas, maybe la.



 Universiti kat Malaysia? memang susah untuk Malaysia berada di dalam ranking teratas walaupun untuk berada didalam ke seratus terbaik dunia. Seperti yang direkodkan oleh QS World Universities Rankings pada tahun 2010,

           208. Uniersiti Malaya (sebelumnya 180)
           263. Universtiti Kebangsaan Malaysia ( sebelumnya 291)
           309. Universiti Putra Malaysia ( sebelumnya  314)
           319. Universiti Putra Malaysia (sebelumnya 345)
           365. Universiti Teknologi Malaysia ( sebelumnya 320)

 Kalian boleh nengok sendiri ranking universiti-universti Malaysia, semuanya angka ratusan, jauh sekali dari puluhan, apatah lagi belasan.
  Bagi tahun 2011, belum ada lagi keputusan dari QS World Universities Rankings untuk universiti dari Malaysia. Berikut ialah top 5 universiti terbaik dunia 2011, yang semuanya dimonopoli universiti dari Amerika.

          1. Harvard University
          2. California Institute of Technology      
          3. Massachussetts Institute of Technology          
          4. Stanford University
          5. Princeton University

harvard, impian semua para lepasan SPM. Tapi dalam mimpi jela =.='

Ini pulak kedudukan universiti terbaik Asia 2011,

          1. University of Hong Kong, Hong Kong
          2. University of Tokyo, Jepun
          3. Pohang University of Science and Technology, Korea Selatan
          4. National University of Singapore, Singapura
          5. Peking University, China

university of hong kong, terbaik di asia

Mana kedudukan Malaysia?



 Pada 2010 ,universiti yang aku sangat sayangi ,UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA berada dikedudukan 151 Asia. Bila tengok ranking yang agak menyedihkan ni, aku sebagai budak AED yang mungil dan lurus rasa terpanggil untuk melakukan perubahan demi UIAM yang tercinta. Bukan nak cerita gebang hatta meletup berapi, tetapi aku rasakan UIAM perlu menuju kejayaan yang lebih cemerlang setelah 27 tahun penubuhannya. Ranking 151 aku rasa tak layak untuk UIAM dengan title 'international'. Dengan angka 151 tu, aku dapat rasakan nama UIAM hanya gah sebagai sebuah universiti tersohor tempatan, tapi cikai di peringkat antarabangsa. Namun bagi aku ,angka 151 sebenarnya bukan menilai keseluruhan UIAM. Buktinya UIAM dah banyak melahirkan graduan yang memajukan kemajuan negara. Lagi satu, kebanyakkan syarikat konglomerat kat Malaysia ni macam Petronas, MAS Airline, Sime Darby dan ramai lagi banyak ambil graduan dr UIAM .haha so aku rasa bertuah study kat sini. k thanks
        

1 comment:

  1. Betol2... UIA tetap num 1 dihati... bgos hamim. ni la smngat uia.. mga sccess2 slalu ya

    ReplyDelete